waktu kat Malaysia sekarang..

Peminat-peminat Saya

Mein Name ist Nama Baru

My photo
Seorang musafir diatas bumi sang pencipta, mencari & terus mencari erti hidup

sEaRcH Fr0m HeRe

Saturday, June 12, 2010

Definisi cinta...

Haha.. tetiba hari nie aku terjumpa quotes yg mengdefinisikan cinta secara umum ;

Cinta adalah kekuatan yang mengubah duri menjadi mawar, mengubah cuka jd anggur, mengubah sedih jadi riang, mengubah amarah menjadi ramah dan mengubah musibbah menjadi muhibbah... Itu lah CINTA..

Post ini bukan lar post jiwang-jiwanga yerr.. post nie sje2 aku post sebab ayat definisi cinta tuh sedap sangat huhu =)

Friday, June 11, 2010

World Cup 2010 - Waka - waka this time 4 AFRICA


Assalammualaikum, holla bloggers.. seperti yang di janjikan entry nie adalah entry khas untuk kejohanan Piala Dunia Fifa 2010.. Satu kejohanan bolassepak yang besar, satu perhimpunan yg besar yg menhimpunkan juara2 disetiap benua mewakili negara masing2..

WC atau Piala Dunia sinonim dengan nama2 besar seperti Brazil, Argentina, Germany, Italy dan France atau Perancis kesemua empat pasukan tersebut pernah merangkul kejuaraan piala dunia.. Walau begitu pasukan2 seperti England, Sepanyol, Belanda / Holland, Uruguay, Mexico dan Afrika Selatan adalah nama2 yg tidak kurang hebatnya sebaris dengan 5 pasukan utama Piala Dunia..

Piala Dunia kali ini diadakan julung kalinya di Afrika Selatan, disertai 32 buah negara dan ia adalah satu2nya peluang bagi pasukan tersebut diatas untuk memenangi kejuaraan Piala Dunia pertama di benua Afrika.

Bagi juara Dunia 5 kali Brazil, mereka seboleh2nya mahu melebarkan rekod kejuaraan dan juga mahu mencipta sejarah pasukan yg telah memenangi Piala Dunia di setiap benua yg dianjurkan kejohanan tersebut..

Bagi pasukan2 underdog seperti Ivory Coast, Serbia dan Algeria, mereka juga semestinya mahu menonjolkan diri ke permainan pentas dunia dengan mempamerkan aksi menarik..

Piala Dunia juga kebiasaannya akan menjadi pentas aksi bagi pemain2 muda untuk menonjol bakat dan kebolehan mereka, dan yang akan menjadikan mereka rebutan kelab2 ternama eropah..

berikut adalah Beberapa komen dan pendapat daripada pengomen2 bola sepak tentang Juara dan jangkaan WC 2010 Afrika kali ini :

Azim Korek : aku sokong SPAIN dan untuk underdog team SERBIA

Amir Abah : Aku sokong Netherland lar.. Van Persie di situ yahhh idop GUNNERS still da best =)

Kak Iqa : I go 4 SPAIN.. player Italy dh tua2 dah sumernyer..huhu

Yana : I go for SPAIN...

Kintong a.k.a Zainul : England lar Bro..

Faiq : erm aku pilih Germany sebab aku die hard fan Ballack tapi sebab Ballack injured, so aku amek The Oranje, Netherland..

Elie : I go for Spain..

Kak Ct-k : tinidad & tobago!!! wahahahahaha (zaman bila nie?? haha) - Minah nie leh teka sure lah Espana kan?? haha

Fazrul : Tentulah Brazill..huhu

Pak Cik Aziz : Brazil lar Samba...

Naufal : erm.. cam biasa cry for me ARGENTINA dan Algeria kowt huhu =)

Kg. Sudin : Argentina n Spain..

Abd. Hadi : France...

Shuk @ bizkut : England lar..ada kembor aku si terry tuh haha =)

Maxcleen clorox : France..

Ok.. stakat tuh jer survey WC 2010 aku nie.. tp nampak sangat lar kan FAV team kali nie ialah Espana, Juara Eropah.. huhu.. apa2 kita tgk sapa yg kena.. opening match malam nie 11 June.. mari raikan bersama =)



Thursday, June 10, 2010

Mimpi yg sempurna.. dan hari ini..

Assalammualaikum... YezzzZZZaaa.. Holla Blogger dan tawan2.. hari nie Al-Arawwi mahu berbicara tentang mimpi yg sempurna dan hari ini.. =)

Mimpi yg sempurna :
lately aku selalu mimpi yg pelek2.. ari tuh mimpi aku bertunang dan baru2 nie mimpi sepupu aku kawen dengan tiba2nyer (cikgu redza).. haha pelek2 sungguh mimpi aku nie..

Mungkin sebab skunk nie musim kawen kowt.. kan ramai yg amek kesempatan cuti sekolah tuk kawen, so maybe sebab terlalu biasa terdengar ramai org kawen sampai terbawa2 sampai mimpi..haha..

Tp sumer mimpi2 tu xde yg sempurna, mesti sangkut tgh jalan haha.. erm tp kelakar la kan.. leh plak mimpi pelek2 cam 2..haha

Tp pasnie aku rasa cam nk mimpi perang2 ler.. Mimpi tgh perang kat Palestin ke Iraq ke, best gak kan.. nk rasa gak cam ne perasan menembak mati seorg tentera Zionis laknatullah tuh kan..huhu..

Hari ini :

Result final exam baru nie kuar, tp yg hampehnyer bpe kali try nk masok student portal tp still xleh gak sebab berduyun2 student UiTM seluruh Malaysia tgh try tok masok student portal tuh gak.. mmg Hampeh arr...haha

dan juga hari nie aku tiba2 dikejutkan dgn kemalangan yg menimpa housemate aku.. so tgh hari td bergegas aku ke hospital Kangar, seb baek dia xde pape sgt, tp saket gak sebab perut dia bertembung dengan depan kepala motor, so dia rasa2 senak la kan.. dan luka plak yg paling trok luka kat dagu dan yg kat tangan n kaki hanya luka2 kecil jer la.. bab2 luka nie paling xtahan ialah pedih dia.. mmg perit wa cakap luuuuu..haha..

okay dan besok aku ad test LAW.. tp xreti2 nk tgk buku lagi nie huhu.. okay lar u olz.. wa chow chin chow dlu..salam huhu =)

p/s : Insyaallah next entry kita berbicara tentang world CUP 2010.. =)

p/s : n xluper pada housemateku, jgn luper makan obattt.. hope kamoo akan cepat semboh..=)

Monday, June 7, 2010

Dua video rakaman Abang Jahid =)

Bawah nie ada dua video rakaman aksi adek bongsu aku.. video yg pertama video dia tgh kne usik ngan abg mie n yg kedua video dia tgh sebok tolong kek eqa prepare tok souvenir kenduri ari tuh =)

Abg Mie n Abg Jahid =)


Abg Jahid Rajin..

Wednesday, June 2, 2010

Free Palestin..




Dalam 2-3 hari ini isu serangan tentera Israel Laknatullah terhadap kapal bantuan kemanusiaan sedang hangat dibicarakan, masyarakat dunia telah menyatakan bantahan terhadap tindakan kejam Israel laknatullah itu. Tetapi adakah anda semua terfikir, siapa yg telah menyokong Israel sehinggakan bantuan2 berisiko seperti ini terpaksa dilakukan..

Amerika Syarikat dan Mesir adalah salah satu pihak yg telah membantu Israel menyeksa dan menghapuskan rakyat Palestin. Amerika dengan kuasa veto yg dimilikinya, telah sentiasa berat sebelah di atas segala keputusan yg berkaitan rakyat Palestin. Konon2nya Amerika Syarikat nie mengaku sebagai pengaman dunia, tp cuba lihat kebanyakan keputusan yg diputuskan Amerika, byk di pengaruhi oleh Israel Laknatullah.

Mesir pula sebuah negara Islam, yg mempunyai banyak pusat2 pengajian Islam, sehingga menjadi pusat tumpuan untuk pengajian Islam, mempunyai Syeikh2 dan Ulama2 yg hebat, tetapi Mesir tetap tidak membantu Palestin, malah Mesir telah menutup pintu2 laluan ke Palestin yg melalui negaranya dan juga telah memusnahkan terowong2 yg telah digali oleh org2 Palestin untuk membawa bekalan keperluan kepada rakyat2 Palestin. Sikap pemimpin Mesir yg lebih takutkan Israel Laknatullah daripada balasan azab Allah swt. telah mengakibatkan program bantuan kemanusiaan seperti kapal bantuan kemanusiaan ini dianjurkan.

Mesir dan negara2 Islam yg laen haruslah memutuskan segala hubungan dengan Israel dan harus terus membantu rakyat2 Palestin didalam usaha mereka untuk merdekakan negara mereka...

Tuesday, June 1, 2010

Arau - KL...penat....


Sejak dr abes Final Exam ritu aku tak balek KL pon dan akhirnya minggu lepas aku blek gak KL, balek sebab nk meraikan walimatul urus kakak sepupuku (Kak Iqa).. Disebabkan hari Jumaat lepas cuti umum hari wesak, so aku pon balek khamis petang menaiki KTM Anatarabandar (Ekspres Senandung Malam).. Hari tuh 1st experienced aku naek Train yg sesak penuh dengan manusia.. Siapa yg menyesakkan train nie?? erm.. rupa2nya train nie sesak dgn dak2 baru matriks huhu..

situasi sardin di dalam train
2 jam lebeyh cam nie...


Naseb lar sesakk tuh xlama mana, kira2 2 jam lebeyh ja, dr ARau ke S.P.. Mula dr SP tuh, dh back to normal cam kebiasaan naek train lar..huhu.. So baki 9-10 jam 2, aq abeskan dengan jalan2 dan tdoq kat dlam train..hee =).. Sampai KL Sentral lebeyh kurang kul 5 pagi, lepak jap kat KL Sentral sementara tggu subuh n tggu Komuter start their operation... Dan Kul 7 pagi lebeyh aku smpai kat umah.. Xlama pastu mak aku dh suruh gerak ke Kepong dh, g tlg preparation tok majlis Sepupu aku tuh..

Hari Jumaat hingga Ahad mmg hari yg memenatkan, walau pun penat tp berbaloi-baloi, sebab happening sangat bila dapat berkumpul sepupu sepapat =)... nanti kenduri Abg Mie n Kak Ct pon cam nie gak yer..huhu =)


from left : atok mama, kek eqa, sedara dr kelantan, mama
n yg paling cute skali my beloved Ma a.k.a Ibu

kak iqa n my beloved ayah

Family PakNgah Konzashah n atok n kek Eqa

dari kiri : Ayah Mie, pak2 boom2 Kek Eqa, Mak anie
arief (anak sedara aku)

Pak2 Boom2 n Kek Eqa's sibling..


Perubahan : Perubahan di Komuter KTM ialah depa dh provide coach khas tok golongan wanita sahaja, so golongan wanita ini akan lebeyh selamat dr gangguan2 sepertti Sex Harassment dan kes ragut.. bagus, so tok LRT dan Monorail pon patot mencontohi usaha KTM..

Nie la perubahan yg aku katakan tuh.. =)


P/s :Aku terkilan sebab aku xdapat jumpa dengan mujahid, dia kata dia ad kat KL,. tp dia kne blek jengka ari Jumaat tu gak, so xdapat lar nk jumpa dia.. =(...

once upon a time =)

Ucapan : Selamat Pengantin Baru tok Kek Eqa a.k.a Kak Iqa a.k.a Norazraini Afiqa dan Abg Izrul Azree, semoga berbahgia sehingga ke anak cucu.. dan bersama2 la kita menjadi warga utara dalam tempoh 2,3 tahun nie wuhahaha.. =)..

nie masa majlis nikah abg izrul dan kak iqa, kak iqa siap
online vid-conference lg ngan member dia kat Melbourne skunk =)
[mengaplikasikan teknologi.. bagus2]

From left : Mama, kak Iqa, Abg Izrul dan yg paling kacak
bergaya malam 2 Abah ( En. Mohd Jamari) hehe =)