waktu kat Malaysia sekarang..

Peminat-peminat Saya

Mein Name ist Nama Baru

My photo
Seorang musafir diatas bumi sang pencipta, mencari & terus mencari erti hidup

sEaRcH Fr0m HeRe

Monday, December 3, 2012

AFF Suzuki 2012 - Selamanya Harimau Malaya!!

Tanah Tumpahnya Darahku MALAYSIA!!

Assalammualaikum..
 hari ni (sepatutnya Ahad) mesti headline berita-berita utama melaporkan kemenangan skuad
Harimau Malaya (Malaysia) keatas Garuda (Indonesia) 2-0 pada perlawanan terakhir peringkat
kumpulan semalam, 1 Disember 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Ultras Malaya #salute

Skuad kebangsaan Malaysia beraksi dengan prestasi terbaik berjaya mengekang kemaraan 
jentera serangan Indonesia juga berjaya merobek pertahanan Indonesia dengan 2 jaringan
gol yang sangat cantik, gol pertama hasil hantaran dari Mahali Jasuli (bek kanan HM) dan 
dijaringkan oleh Azammudin Akil (Alex) even sesetengah pandangan kata itu own goal
tapi seperti apa yang dilaporkan oleh media-media Azammudin yang menjaringkan gol
permulaan tu.. Gol kedua pula hasil kebijaksanaan dan kecekapan Wan Zack Haikal
mengawal bola dan trick pertahanan Indonesia disusuli dengan hantaran kepada Mahali 
yang overlap disitu dan telah membantu Mahali untuk menjaringkan gol kedua Malaysia

Mahali Jasuli meraikan jaringan beliau
 Barisan pemain yang diturunkan semalam overall okay, tapi bagi aku memang DRG
(Datuk Rajagobal) membuat pertaruhan yang besar dengan letakkan Alex di sayap kiri
untuk gantikan S.Kunalan yang injured, dari segi performance masa friendly yang lepas
Alex kurang menyerlah, pernah di outlistkan DRG dan lepas tu di panggil balik untuk 
gantikan Zaquan Adha yang injured..  Alex ke Zaquan ke bagi aku dua player ni
sama je performance diorang, tak de yang luar biasa..

Safiq meledak dengan jaringan freekick yang cantik



Kemasukan subs pulak aku kurang berpuas hati bila di masukkan Amar Rohidan dan 
Fakri Shaarani, memang Fakri gantikan Alex tapi kemasukan Fakri tak bawa apa-apa
 impak  besar dalam gameplay Malaysia, malah melemahkan lagi serangan apabila dia 
bertukar  posisi dengan Wan Zack (dari kiri ke kanan).. Lepas tu masuk pulak Amar 
Rohidan yang memang kurang berkesan dan banyaknya masalah berpunca dari dia
masa game-game sebelum ni especially (1st game lawan Singapore).. 

Kenapa tak dimasukkan Badrol Bakhtiar yang sememangnya kita tau kemampuan dan
performance dia yang pernah berjaya menjulang pingat emas sukan sea sebagai
Kapten Harimau Muda..?
Penjaring gol semasa HM menewaskan Laos 4-1
Itu ulasan untuk game terakhir peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki 2012..
Masa game pertama Malaysia ketika berdepan dengan Singapore sepatutnya
tidaklah seteruk 3-0 keputusannya, dan kemungkinan jika HM beraksi cemerlang
seperti aksi mereka jumpa Indonesia semalam (untuk game ke-3) tentu paling kurang kita
mampu  seri dengan Singapura..

 Semuanya berpunca dari pemilihan dan posisi pemain yang tidak tepat dan  bercelaru, 
tindakan taktikal DRG juga dipersoal apabila menggantikan Amar Rohidan
dengan Alex.. Pemain-pemain utama dalam game  pertama seperti Bunyamin Omar,
Azmi Muslim, Amar Rohidan dan Khyril Muhymeen dilihat tidak berfungsi seharusnya

 dan dirombak dan ditukarkan dengan Mahali Jasuli, Zubir Azmi, Shakir Shaari,
Wan Zack Haikal pada game kedua dan ketiga (yang terakhir pada peringkat kumpulan..)

Skuad Harimau Malaya di AFF Suzuki 2012
Game kedua, DRG buat sedikit perubahan terutama pada pemain sayap dan defensif 
midfielder malangnya Azmi Muslim masih lagi bermain tapi tidak lama juga sebelum digantikan 
oleh  Zubir Azmi.. Aksi di game kedua jelas menunjukkan fungsi-fungsi pada pemain sayap 
yang  lincah dan pertahan kanan kiri yang membantu dan sering overlapping keatas..
Akhirnya kita berjaya tewaskan Laos dengan 4-1.. Walaupun banyak peluang dicipta
tapi hanya 4 yang berjaya dijaringkan..

Pada edisi kali ni jugak jelas kita lihat bagaimana berjayanya pihak lawan mengekang 
kemaraan jentera serangan kita yang diketuai Safee Sali, Matyo dan Safiq Rahim.. 
Top striker S.Sali di kawal ketat begitu juga Matyo walaupun ada satu dua kali terlepas
Safiq Rahim juga begitu, tapi kita beruntung kerana kita mempunyai pemain sayap dan 
pertahanan kira dan kanan yang rajin dan berfungsi dengan baik ketika game ke 2 dan 3

Sebenarnya DRG mempunyai banyak pilihan, Indraputra Mahyudin, Amri Yahya masih lagi
boleh diharap kerana pengalaman dan persembahan konsisten mereka dalam liga
domestik Malaysia harus menjadi kredit kepada mereka untuk dipilih.. macam tu jugak
dengan pemain muda dari Harimau Muda A yang beraksi di liga S (Singapura),
persembahan pemain-pemain utama mereka seperti  Syahrul Azwari dan Fandi Othman 
mengagumkan malah menjadi kekuatan untuk Malaysia mempertahankan
pingat emas sukan sea yang lepas..

Ramai lagi pemain-pemain yang harus di beri peluang seperti Rozaimi, Afiq Azmi, 
NorFarhan, Daudsu dan Piya (pemain-pemain kelantan).. mereka-mereka ini menunjukkan
aksi cemerlang didalam liga domestik dan harus juga mendapat kredit dalam
pemilihan tersebut.. 
 
Apa pun terjadi Malaysia perlu bersiap sedia untuk bertemu dengan Thailand
di separuh akhir nanti, Thailand pasukan yang paling konsisten dalam kempen
kejohanan Piala AFF Suzuki pada tahun ini.. So persiapan rapi harus di berikan

*aku  bersetuju dengan tindakan Ultras Malaya yang menahan bas pemain HM lepas
game dengan Singapore hari tu, ia sebagai protes jelas kepada DRG yang dilihat
masih meneruskan sikap eksperimentasi beliau semasa game pertama hari tu..
dan hasilnya game kedua dan ketiga kita dapat lihat pemilihan dan kedudukan
posisi yang betul bagi setiap pemain yang boleh mencipta kemenangan untuk
Harimau Malaya MALAYSIA!!

Sekian Saja Celoteh dari Nama Baru.. Wassalam..

Thursday, October 25, 2012

No Title


Assalammualaikum..

Manusia ni dilahirkan dengan berbagai dan bermacam perangai, ada yang macam tu dan ada yang 
macam ni dan juga yang macam lain-lain juga, apa macam pun manusia itu mereka tetap berasal dari seorang bapa dan ibu yang sama.

Well..
Post kali ni bukan nak meleter pasal manusia-la tapi lebih kepada nak share pasal pemikiran manusia 
yang unrealistic terhadap diri sendiri, dan bukan nak katakan aku ni bagus sangat dan  semuanya
datang dari aku itu realistic..

no..bukan begitu..  
aku cuma  manusia biasa macam orang lain ada kekurangan dan juga ada kelebihan.. 
semua orang ada benda tu, tapi ia berbeza dengan bentuk dan jenis kekurangan dan kelebihan tersebut..

Era Intellektual

Era ini memerlukan kita berfikiran terbuka dan luas dan tidak termaktub atau tersekat pada sesetengah halangan atau sekatan aliran pemikiran, ia diperlukan untuk melahirkan pemikiran yang lebih proaktif dan kritis terhadap sesuatu isu.. Tak kesahlah samada kita duduk di Bandar atau Kampung (Pendalaman)

Cost and Benefit, Pro and Contra dalam sesuatu perkara itu harus dinilai keseluruhannya, kita lihat perkembangan dan sudut positif yang kita terima atas sesuatu perkara itu, setelah 55 tahun merdeka dan 12 kali PRU cuma kini sahaja kita mempunyai satu barisan, satu pakatan pembangkang yang kuat dan aktif dalam menjana idealisme-idealisme segar yang lebih dekat isuNya kepada rakyat dan ia juga telah memberi kesan terhadap kedudukan pakatan parti pemerintah  yang selama ini selesa dengan 2/3 majoriti didalam dewan rakyat.. kesan besar PRU 12 terhadap scenario politik tempatan ialah apabila PR iaitu pakatan pembangkang di Parlimen Malaysia mengeluarkan bajet alternatif mereka dan buku perancangan dasar yang dicadangkan dari PR.. Ia adalah perkembangan positif didalam memberi rakyat sedikit ruang dan peluang untuk memilih walaupun ia mengambil sehingga masa 55 tahun dan PRU ke 12

Walaupun Bajet alternatif yang dicadangkan oleh PR mempunyai beberapa kelemahan iaitu salah satuNya ialah dengan menggunakan data-data yang kurang tepat (data-data yang diambil secara umum, seperti yang dilaporkan media-media tempatan tapi sekurang-kurangnya mereka sudah menunjukkan komitmen dan peranan mereka dalam membawa isu-isu umum seperti Harga Kereta Tempatan dan Import, Perjanjian IPP yang menyebabkan caj penggunaan elektrik naik dengan lebih kerap, Masalah Perumahan (harga rumah dikawasan-kawasan tumpuan, pemilikan rumah bagi golongan-golongan muda dan kelas bawahan), aktiviti pembanterasan rasuah dan lain-lain..

Aku bersetuju jika ada pendapat yang mengatakan bahawa ada sesetengah pemimpin dari PR sendiri kurang pengalaman dalam urus tadbir kerajaan, tapi ia bukanlah satu masalah utama, kerana didalam PR juga ada tokoh-tokoh berwibawa yang berpengalaman dalam hal itu, walaupun sebelum ini cuma mentadbir kementerian-kementerian dan syarikat-syarikat tapi dikalangan mereka juga kebanyakannya masih ada gaya kepimpinan yang membolehkan mereka mentadbir dengan baik... Sekurang-kurangNya kita harus cuba, kerana didalam kabinet parti pemerintah juga ada menteri-menteri yang baru dan tiada pengalaman urus tadbir negara..Pokok Pangkalnya haruslah ada sikap terbuka dan lapang dada untuk menerima kritikan dan teguran yang boleh membina dan membangunkan gaya pentadbiran mereka..

Aku senang dengan cara Dr Asri (DrMAZA), Dr Maszlee, MURSHID, IDEAS, REFSA, Merdeka Review etc. dalam  memberi pandangan dan kritikan terhadap  mana-mana pihak, mereka-mereka yang terlibat ini adalah mereka yang mewakili intelektual, pemikiran, penerimaan dan tindakan masyarakat  demokrasi yang bertamadun di Malaysia dan juga mereka memberi harapan kepada perubahan dan kemajuan yang lebih jelas, transparent dan adil kepada rakyat Malaysia.. SELAMANYA 'PEOPLE POWER!!'

sekian,

Nama Baru Celoteh #TanpaMotifJelas

Tuesday, October 2, 2012

Mimpi Malaysia di Korea Selatan


Assalammualaikum..
Salam Sejahtera..

Sempena #BudgetFever yang melanda Malaysia sejak Jumaat lepas (28 September 2012), aku berasa tertarik untuk berkongsi sebuah artikel yang ditulis oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah Anwar, artikel ni diambil daripada blog beliau dan di terbitkan sekitar 2010, walaupun agak lama dalam tempoh 2 tahun, namun isunya masih relevan untuk kita jadikan sumber sebagai satu perbandingan dan pertimbangan terhadap perjalanan dan progress yang telah dan sedang Malaysia lalui..

Permandangan Malam KL

Permandangan Malam Seoul

(Pertama kali disiarkan di Sinar Harian, 7 Disember 2010)


Mimpi Malaysia di Korea Selatan
Bukan lagi perkara luar biasa untuk bertemu dengan anak-anak muda yang bercita-cita untuk meninggalkan negara. Bagi yang lebih bernasib baik dan berkelayakan, Kad Hijau Amerika Syarikat atau taraf penduduk tetap di Singapura menjadi jalan keluar kepada belenggu ini. Untuk yang tiada peluang sebegini, saya percaya ramai yang terus tidak ambil pusing tentang apa berlaku di persekitaran mereka dan hanya hidup untuk memenuhi keperluan asas harian. Bagi saya, keyakinan untuk terus menjanjikan perubahan dan membawa harapan baru datang daripada penghayatan terhadap sejarah negara. Semasa negara ini bermula, para pemimpin dahulu merangka rancangan-rancangan yang dapat membawa Malaysia ke hadapan dalam masa singkat. Pemimpin-pemimpin dahulu menubuhkan Felda untuk menyelesaikan masalah kemiskinan tegar di luar bandar.

Kita pernah membuka Maktab Perguruan di Kirkby, Liverpool untuk melahirkan kumpulan pendidik terbaik dengan pantas bagi mengasuh anak-anak bangsa di tanah air. Perkara sama juga dapat dilihat apabila pada tahun 1970-an Petronas ditubuhkan agar hasil minyak yang melimpah itu dapat diuruskan dengan lebih cekap bagi mempercepatkan pembangunan negara. Hasilnya, penduduk pedalaman tidak hidup kelaparan. Guru-guru mendapat latihan bertaraf dunia dapat dilahirkan dengan cepat. Pembangunan dapat dilaksanakan dengan cepat hasil pengurusan sumber minyak yang cekap. Sudah tentu, akibat lupa dengan hasrat murni pemimpin dahulu, maka lahirlah kecacatan di sana-sini dalam sistem yang wujud sejak kelahiran negara kita. Saya dapat melihat bagaimana sejarah pembinaan negara ini diulang tayang semasa lawatan saya ke Korea Selatan minggu lepas untuk menghadiri jemputan persidangan Kepimpinan Wanita Global dari 29 – 30 November.

Tujuan utama persidangan itu untuk berbincang dan belajar dengan pemimpin-pemimpin wanita dari seluruh dunia tentang peranan dan pengupayaan kepimpinan generasi muda untuk pembangunan demokrasi dan ekonomi negara masing-masing. Sejarah pembangunan ekonomi Korea Selatan dan Malaysia menjadi contoh bagaimana Korea Selatan berjaya maju jauh ke depan. Korea Selatan berada dalam keadaan lebih miskin dari Malaysia pada tahun 1960-an. Ia tidak memiliki sumber asli seperti balak, bijih, atau minyak. Satu-satunya sumber kekayaan mereka ialah orang muda berpendidikan yang kuat bekerja. Rancangan ekonomi yang mengubah wajah Korea Selatan juga bermula dengan industri pengeluaran barangan elektronik murah sebelum beralih penghasilan produk bernilai tinggi pada 1980-an sehingga warganya mencatatkan kenaikan pendapatan sebanyak empat kali ganda antara 1987 hingga 1990. Penting untuk disebutkan pada tahun 1950, pendapatan per kapita negara kita adalah hampir empat kali ganda Korea Selatan.

Hari ini Malaysia sudah jauh ditinggalkan Korea Selatan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita kita adalah sekitar AS$6975, manakala negara itu sudah ke depan dengan AS$17,078. Seperti Malaysia, Korea Selatan juga mempunyai industri automobilnya sendiri. Hyundai yang bermula lewat tahun 1970-an berbanding Proton yang dilahirkan Malaysia pada 1980-an, hari ini sudah menjadi jenama besar dan terkemuka di dunia manakala Proton yang berharga tinggi di negara sendiri masih mencari-cari pasaran dunia yang semakin mengecil. Korea melahirkan jaguh dunia manakala Malaysia melahirkan jaguh kampung.

Secara ringkasnya, Korea Selatan yang lebih terbeban dengan masalah ekonomi pada satu ketika, kini menjadi lebih makmur daripada kita melalui dasar-dasar diperkenalkan dengan tujuan membawa anjakan besar kepada negara. Melihat sejarah kemakmuran Korea Selatan mengembalikan keyakinan saya kepada usaha untuk membawa harapan baru kepada rakyat negara ini. Saya masih bertekad untuk berjuang agar negara kita berubah penumpuan dasar daripada membina prasarana fizikal seperti Menara 100 tingkat kepada pelaburan pengupayaan model insan dan prasarana intelektual dengan menggandakan usaha kita dalam bidang pendidikan dan penyelidikan. Kejayaan masa depan ekonomi negara masih saya yakin tertakluk kepada pemulihan demokrasi melalui penarikbalikan pengisytiharan darurat, pemansuhan undang-undang anti demokratik dan menjamin proses pilihan raya yang adil, terus, dan bebas seperti di Korea Selatan. Ia memang satu perjalanan panjang yang penuh ranjau tetapi tidak mustahil untuk dicapai. Memang lebih mudah untuk putus harapan dan meninggalkan segala tanggungjawab. Tetapi perjalanan ini ibarat satu maraton jarak jauh, dan kerana kealpaan dan kelekaan pemimpin yang tidak amanah dan bertanggungjawab, kita telah ketinggalan. Namun berkat keazaman, istiqamah dan penerusan agenda demi mengembalikan kejayaan lampau Malaysia, saya yakin kita mampu memintas jauh ke hadapan mereka yang telah memotong kita satu ketika dahulu. Kesediaan menerima kebenaran yang pahit, dan bergerak pantas untuk memperbaiki kelemahan yang ada menjadikan pembinaan semula kekuatan negara sesuatu yang mampu kita lakukan bersama! Ayuh, hidupkan semula mimpi Malaysia!

* Penulis ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai dan mengalu-alukan maklum balas di mp -at- nurulizzah.com

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk membaca posting ini, Wassalam..


P/S: 
Peace No War
Citizenship For Rohingya
Freedom for Syria
Freedom for Palestine
We Love Our Prophet  Muhammad SAW


Saturday, September 29, 2012

Postur Badan yang Menarik??

Assalammualaikum 
helluu readers and viewers..

Sebenarnya aku ni dah kepagian sekarang ni semua dek kerana leka melayan
kepanasan dan kehangatan #Bajet2013 yang baru je di umumkan PM petang
Jumaat (semalam), then macam mana pulak aku boleh terCLICK dan terbaca posting
yang  paling latest dari Fatin Liyana, blogger  bagi blog honeykoyuki.blogspot.com 

*yang menang Best Celebrity Award tu.. HaHa

Padahal aku baru je follow dia, tapi mungkin sebab topik posting dia  tu menarik,
 so aku nak terus menggalakkan aku untuk baca posting FL tuh..(tapi bukan sebab
badan postur badan tu khas untuk wanita or 'fomfuan - [ayat pelat abang jaid] yer) tapi sebab
dia cerita pasal disadvantage postur badan yang tak betul dan kesan yang boleh didapati
dari postur badan yang elok dan juga kebetulan jugak aku ni mempunyai postur badan
yang salah dan tak elok untuk kesihatan.. 

 haa dan posting FL tu terus mencetus-kan idea kat aku untuk tayangkan contoh postur badan 
yang tak cantik bagi kaum lelaki pulak HaHaHa (Gelak style nina)

tengah belek-belek gambar lama dan terus terjumpa satu gambar ni, mungkin layak untuk 
jadi the funniest or the worst of body posture picture ever.. hahaha 
Okay.. inilah gambar yang aku cakap tu
Gambar kat atas di rakam dalam tahun 2010 masa bulan Ramadhan, ni gambar masa 
aku dan  @Pesot on the way balik dari buka puasa kat Restoran Anamuda Baru 
(Kedai Makan area  Pekan Moden #Araustralia HaHa lagi)

Cetengok - Cetengok kat imej laki baju merah tu, nampak suatu kebonjolan berdekatan
area perot beliau tak?? HaHa Itulah bukti nyata kebonceitan beliau dan tengok
pulak postur badan beliau?? Sangat-sangat COOL terok okay.. HaHa

Oh si laki2 pakai baju putih tu cam mana pulak??
Baju putih tu mungkin sebab dia kurus keding so tak nampak la sangat keburukan
akibat postur badan yang salah.. Tapi still nampak salah sebab bahu dan perut tidak 
selari bahu lebih kedepan daripada perut..

Bonciet..
Alang-alang tercerita bab perut ni, memang antara benda yang agak akur rasa segan 
ialah bila perut aku yang selalu je akan jauh kedepan ni sentiasa nampak clear dan selesa 
bila aku tengah bawak motor, adoii memang faktor menjatuhkan saham betullah, terus 
hilang segala ke-macho-an yang ada bila perut ni lebih dominan dan selesa dimata orang lain 
HaHa.. 

yang aku nampak antara solusi masalah aku ni mungkin kena lebih rajin exercise dan
buat push up yang dulu time zaman huha-huha bajet poyo nak jadi askar dulu selalu
kene dera buat sampai kiraan 100 pon kalau tak silap.. Tapi bila dah besar ni memang
jadi terus penternal lemak yang berjaya, lagi-lagi bila dapat duduk rumah lama sikit..

Sekian Ler Celoteh Nama Baru 
Untuk #PostingAbehKanBoreh Kali Ni..
Wassalam

*next posting aku mungkin akan update serba sedikit ulasan-ulasan ekonomis dan ahli 
akademik tentang topik hangat yang jadi perbualan semalam juga hari ini #Bajet2013
(perlukan sedikit masa sebab perlu buat pembacaan dan renungan menyeluruh bajet tersebut)

p/s:
Nina - Kawan Sekolah yang agak baik jugak dengan aku, "HaHaHa" tu dapat dari 
dia, sebab dia selalu je pakai gelak macam tu bila nak gelak dalam #FB HaHaHa

Pesot - Member yang aku kenal masa kat #Araustralia, sangat sengal dan 
senget orangnya HaHaHa 

Abang Jaid - Adik Bongsu aku, budak paling mengada-ngada, manja juga
poyo sekali HaHaHa

Macam Biasa-lah Yer, di Samping Kita Bersuka Ria dengan segala pengumuman 
bak gula-gula dalam #Bajet2013 tadi tapi jangan sampai kita lupa  untuk ingat-ingatkan 
kat sedara-mara seagama kita yang dalam kesusahan, so:

Peace No War
Citizenship For Rohingya
Freedom for Syria
Freedom for Palestine
We Love Our Prophet  Muhammad SAW


Wednesday, September 26, 2012

Time Frame Kehidupan (Rangka Masa Kehidupan)

Assalammmualaikum buat para readers (actually kepada siapa-siapa yang sudi membaca :] ) 

pernah tak korang pikir pasal time frame kehidupan..??
bagi aku time frame hidup ni terasa sangat laju.. mana tak laju nya
sekejap je aku rasa duduk dalam awal dan pertengahan tahun 
2012 masihi dan juga sekejap je aku rasa untuk hampir kepada
keseluruhan tahun 1433 Hijrah.. Ada satu dua kes yang buat aku
rasa time frame hidup aku dilalui dengan masa yang pantas..

Kes #1 (Praktikal dan Semester yang  ber-FYPO)
Ompek bulan (4 bulan) aku berpraktikal dekat FAMA Perlis tu memang 
aku tak rasa lama pon, dari Isnin ke Jumaat (hari kerja), Sabtu ke Ahad (hari liburan)
rutin harian dan mingguan tu berlansung berulang kali selama lebih kurang 4 bulan 
dan ianya pantas berlalu meninggalkan aku dan keje-keje ku yang agak tertunda aduiyaii.. 

Lepas habis 4 bulan tempoh praktikal..
Sebulan pulak tempoh untuk final round thesis (fyp a.k.a fypo)
degree aku.. Kes ni pon aku rasa kejap je.. Walaupun rasa sekejap tapi
banyak juga kejadian yang berlaku dalam hidup  aku antaranya
presentation project paper*FYPO (a.k.a ala-ala VIVA),  kerja keras untuk last
touch-up project paper - at the same time aku boleh pulak demam denggi..
ini antara pengalaman perit dalam sejarah hidup boleh pulak kene demam denggi
masa tengah sibuk dengan  final touch up  report FYP.. Allah je tahu betapa besar
dugaanNya kepada aku :)

Kes #2 Ramadhan dan Syawal
Ramadhan 1433 hampir sama seperti ramadhan 1432.. cuma bezanya
ramadhan yang lepas aku ada bisnes dan tahun ni sebab tak dak modal 
so aku decide duduk rumah je, jadi penganggur terhormat.. 
keseluruhan masa aku habis kat rumah.. 
(so income tahun ni kurang menarik compare dengan tahun lepas)
sebulan ramadhan rasa sekejap bak sepintas angin lalu..
Syawal juga begitu, rasa yang biasa seperti syawal yang sebelumx2
 ini tiada yang lain pon sambutan rasaNya..


Kes #3Kerja dan Penyelesaian
Ramai member yang tak tau yang aku  ni terpaksa memanjangkan tempoh
study aku (dalam erti kata lain EXTEND-mengikut adat DPIM kalau EXTEND
maka anda akan digelar sebagai MAHARAJA), so mulai sekarang gelaran
untuk aku ialah Maharaja Naufal Zaidi a.k.a Nama Baru..
haha Garangkan bunyi-Nye?

Sebab apa aku ter-Extend??
Errr.. jawapan untuk soalan tu agak luar biasa ceritaNya..
ringkasnya sebab atas kelalaian diri sendiri..
so nak buat macam mana-kan terpaksa la tempuh segala-galaNya 
yang penting aku kena habiskan study aku ni..
Alang-alang la aku dok seluk perkasam tu, biarlah sampai
ke pangkal lengan hendaknya.. so rakan-rakan blogger and
readers sekalian tolong doakan saya ya :]

Okay sebabkan aku kena tempuh satu lagi sesi semester
so aku decide untuk amek PJJ (pengajian jarak jauh) je..
Malas la nak lepak kat Araustralia lagi, dah lama sangat rasanya
aku dok kat sana.. Sampaikan bila sesekali lepak sana nampak
janggal je sebab muka-muka kat sana sekarang mostly muka-muka baru..
Adui makan umur betul Arau ni kat aku.. So aku decide untuk lepak KL
dan cari keje yang boleh masuk dengan schedule class PJJ aku..
Dan terpaksa jugak aku travel KL - Arau sebulan sekali untuk 5-7 kali
meeting seminar dan sekali untuk sitting exam.. wah memang banyak cabaran
yang aku kena tempoh semata-mata untuk habiskan study degree ni..
harap aku tabah dan kuat nak hadap semua tuh..

#4 Kini dan Selepas ini..
Untuk 3rd quarter and last phase of life-time frame for this year #2012 aku bakal
dipenuhi dengan travel 7-10 jam KL-Arau, Arau-KL dan juga kerja-kerja yang sangat
diperlukan sekarang untuk biaya yuran dan sara hidup untuk tempoh masa sementara ni ahaks
ter-sangatlah daif keadaan aku takat ni kan?

InsyaALLAH, Allah akan bantu hamba-hambaNya
berusaha dan juga yang bertawakal.. Amin Ya Rabbal Alamin..

Sekian Coretan Nama Baru..a.k.a yg membosankan

Wassalam..

P/S:
Peace No War
Citizenship For Rohingya
Freedom for Syria
Freedom for Palestine
We Love Our Prophet  Muhammad SAW

Wednesday, August 8, 2012

Sumbangan Tabung Kemanusiaan Global Peace Malaysia Melalui SMS


dengan hanya menghantar 1 sms anda dapat menyumbang kepada mereka, ayuh mari membantu saudara-saudara kita yang sedang kelaparan.. 


~~Kita rasa apa yang mereka rasa~~ 



mohon kerjasama rakan-rakan blogger untuk
menyebarkan informasi ini..

Insyaallah setiap kebaikan yang kita lakukan ini
akan mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah swt

Saturday, July 21, 2012

ahlan wa sahlan marhaban ya ramadhan

Permulaan ramadhan yang bermakna untuk diri ini..

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berjumpa di bulan ramadhan..

Syukur nikmat Ya Allah, tetapkan hatiku dalam mencari redha-mu..

Pertambahan umur itu adalah peringatan dari Allah perihal pastinya kematian itu kepada hamba-hambaNya..

Friday, July 20, 2012

Lelong lagi.. Lelong... Meja Komputer untuk di Jual..!!!!

Meja komputer untuk di Jual..


condition : tiptop (80/100)

Panjang : 120 cm
Lebar : 50 cm
Tinggi : 70 cm






sebab nak jual : baru habis belajar, 
so malas nak bawak balik rumah (jauh sangat)

Harga open : RM 70 (masih boleh nego), nego sampai beli-lah

urgentt.. looking for serious buyer only..

Lokasi : RPA 2, Arau, Perlis


Lelong-lelong.. Sport Rim 3 Batang untuk EX5

Sport Rim 3 batang untuk EX5 untuk di jual..

 Harga : RM 100 (boleh nego)

Lokasi : RPA2 Arau

sebab nak jual : salah beli, tak matching dengan modenas KRISS



urgentt.. untuk pembeli yang serius sahaja..

boleh contact saya di nombor ini : 013-9704248 (Naufal)

condition : 80/100 (cuma cat ada yang tertanggal sedikit)
saiz : 17x1.6 inci

saiz : 17x1.6 inci


Approved by JWL (Japan Light Alloy Wheel standard)

Wednesday, July 18, 2012

wordless wednesday #2

me and the masterpiece
Alhamduliillah siap akhirnya.. 

Thursday, June 7, 2012

Hijau akan ke Putrajaya!!

Assalammualaikum..

Sebenarnyerrrr.. 
aku nak buat post ni jadi Wordless Wednesday #2
tapi sebab dah terlepas Wednesday-nya tu 
dek kerana kesibukan dan komitmen penuh 
dekat kerja-kerja di office so aku pon terlepas la 
the Wordless Wednesday#2 posting yang ku mention diatas tu

okay post ni pon simple-jah.. hanya dengan satu gambar..

aku dan Yb Salahuddin Ayob

Gambar kat atas ni diambil masa himpunan hijau ke Putrajaya
1 Jun 2012 yang lepas di Stadium Darul Aman Alor Setar, Kedah

Mungkin ramai yang akan kata yang aku ni fanatik-kan?? 

haha.. 

tapi buat apa aku nak kesah??
sebab ini cuma tanda aku kagum denganseorang figura politik tempatan
dan sudah tentu aku yakin beliau insyaALLAH 
dengan izin ALLAHakan memimpin Malaysia..
  
sebab apa??
sebab beliau adalah salah seorang pemimpin yang segar
dari kekalutan politik wang dan kroni di Malaysia tercinta kita ni 

so sebagai tanda sokongan kepada Parti Hijau tersebut
aku hadir dengan membawa semangat  berkobar 
anak muda yang mengalir didalam badan aku ni.. 
sebelum ni hanya mendengar khabaran dari rakan-rakan.. 
tapi kali ni Alhamdulillah dapat merasa sendiri semangat
itu mengalir didalam tubuh-ku ketika itu

semoga Allah mengizinkan Hijau untuk ke Putrajaya
Insyaallah

Wassalam.. 



Friday, May 18, 2012

Pasca-BERSIH 3.0: Sisi gelap demokrasi

Assalammualaikum..

Artikel dibawah ni aku "copy and paste" dari ideas.org.my, laman web rasmi bagi Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS).. untuk detail pasal IDEAS nanti aku akan post entry lain sebab perlukan masa untuk menulis dan merangka ayat sendiri (yang sebenarnya sebab aku pemalas haha) ataupun siapa yang berminat nak tau lanjut tanpa perlu baca post aku tu boleh terus ke web page about IDEAS

Secara ringkasnya artikel tersebut ditulis oleh Felo IDEAS iaitu Amin Ahmad dan telah di terbitkan di Malaysiakini pada 12 Mei 2012

Pasca-BERSIH 3.0: Sisi gelap demokrasi

“Kita hidup dalam zaman demokrasi. Sejak lebih satu abad lalu dunia telah dibentuk oleh satu aliran utama berbanding yang lain – kemunculan demokrasi.” Begitulah ayat pertama dalam bab Pendahuluan buku The Future of Freedom: Illiberal Democracy at Home and Abroad oleh Fareed Zakaria. Malaysia tidak terkecuali daripada menerima tempias idea demokrasi. Betapa pentingnya idea ini, ia diungkapkan dalam Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 dan diulang semasa Pemasyhuran Malaysia 1963. 

Maka, wacana berkaitannya di Malaysia bukanlah baru, meskipun ia kian bersemarak pasca pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Demokrasi umumnya dianggap sebagai pemerintahan dengan mandat daripada rakyat. Seringkali kita mendengar ungkapan Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat yang ke-16 dipetik untuk menjelaskannya:
“Demokrasi ialah kerajaan rakyat, daripada rakyat, untuk rakyat.”
Kita boleh memahami bagaimana idea ini bersifat revolusioner dengan menyingkap fakta sejarah bahawa tidak ada satu kerajaan pun dipilih melalui pilihan raya pada tahun 1900, berbanding kini di mana lebih 60 peratus kerajaan di negara seluruh dunia dipilih melalui kaedah tersebut. Ya, maksud “kerajaan rakyat, daripada rakyat, untuk rakyat” itu ditunjukkan melalui satu sistem pilihan raya sebagai kaedah praktikal bagi menentukan siapa yang akan menjalankan kuasa politik di negara terbabit, tentunya kepada seluruh penduduk. Pilihan raya ini dibuat secara berkala, iaitu tidak lebih lima tahun sekali di Malaysia, bagi membolehkan rakyat mempunyai kawalan terhadap parti atau individu yang memerintah.

Demokrasi di dunia dan di Malaysia
Sebenarnya, meskipun sistem demokrasi dipakai oleh lebih 100 buah negara, tidak bermaksud ia 100 peratus seragam. Kita boleh melihat misalnya model Amerika Syarikat dan United Kingdom. Atau lebih dekat lagi dengan perbandingan model negara kita, Singapura dan Indonesia. Mantan perdana menteri, Dr Mahathir Mohamed sering menjadikan keanjalan ini sebagai ruang untuk beliau menjustifikasikan tindakan tidak demokratiknya. Ketika menyatakan Malaysia adalah sebuah negara demokrasi, beliau menjustifikasikannya dengan hujah “kerana mengadakan pilihan raya.” Apakah cukup sekadar itu?

Berdasarkan Indeks Demokrasi 2011 keluaran The Economist, Malaysia berada di kedudukan ke-71 daripada ke-167 negara yang dikaji. Kedudukan ini sama dengan tahun 2010, selepas jatuh daripada kedudukan ke-68 pada tahun 2008 dengan pengurangan mata daripada 6.36 kepada 6.19. Ini menempatkan Malaysia di kalangan negara yang dikategorikan sebagai tempang demokrasinya, bersama sejumlah negara lain bermula daripada kedudukan ke-26 hingga ke-78, antaranya Israel (36), Sri Lanka (57), Mongolia (69) dan Ghana (78). Dari kalangan negara Asia Tenggara, hanya Tshailand dan Indonesia berkedudukan lebih baik, iaitu di tempat ke-58 dan ke-60. Indeks ini memberi penilaian kepada lima perkara: proses pilihan raya dan kepelbagaian, fungsi kerajaan, penyertaan politik, budaya politik dan kebebasan sivil. Jelas, melaluinya kita tahu bahawa demokrasi melangkau lebih daripada formaliti pilihan raya. Kedudukan Malaysia dalam senarai ini menunjukkan berlaku defisit demokrasi yang mesti segera dibaiki.

Kezaliman majoriti
Ketempangan ini turut menjelaskan bahawa, meskipun dilihat sebagai sistem politik yang paling diterima setakat ini, demokrasi tidak sunyi daripada kelemahan tersendiri. Antara kritikan utama terhadap demokrasi ialah ia boleh disalahgunakan oleh kelompok majoriti. Bukan setakat zalim, ia juga boleh mengangkat pemimpin perasuah dan menyalahguna kuasa.
Contoh terbaik dilema ini boleh dilihat di Jerman apabila Adolf Hitler berjaya menjadi canselor melalui satu proses pilihan raya yang bebas dan adil. Selain itu, kerajaan perkauman dan zalim pernah diangkat di Yugoslavia pada dekad 1990-an. Dalam wacana demokrasi, ini disebut sebagai kezaliman majoriti. Sebab itu hak kebebasan asasi yang tidak boleh digugat ditetapkan dalam sebuah perlembagaan demokratik. Perkara ini boleh ditemukan dalam Perkara 5 hingga Perkara 13, Perlembagaan Malaysia.

BERSIH 3.0 – Memperbaiki demokrasi di Malaysia
Dengan keterangan di atas, desakan BERSIH 3.0 boleh difahami. Pilihan raya adalah terlalu penting untuk diremehkan. Dalam History of Freedom in Antiquity (1877), Lord Acton menulis, “satu daripada kejahatan demokrasi ialah kezaliman majoriti, atau lebih kepada parti, tidak semestinya majoriti, yang berjaya sama ada dengan paksaan atau penipuan, dalam menjalankan pilihan raya.” Saya berasa sedikit lega apabila Rang Undang-Undang (Pindaan) Akta Pilihan Raya ditarik balik oleh kerajaan baru-baru ini.

Namun itu tidak menghilangkan persoalan bagaimana kerajaan boleh tergamak memikirkan tiga pindaan yang boleh mencacatkan proses pilihan raya yang adil, bersih dan bebas, antaranya cadangan memberi kuasa mutlak menafikan mekanisme semak dan imbang melalui kehadiran ejen tempat mengundi dan ejen pengiraan. Lebih daripada soal pilihan raya, BERSIH 3.0 turut mengheret isu-isu lain berkaitan demokrasi ke wacana umum. Selain hak berhimpun, kita boleh membaca atau mendengar banyak perbualan ramai. Ada sebahagian daripadanya dihujahkan dengan buruk, tidak demokratik malah bersifat ancaman. 

Agak mengejutkan apabila ada wakil rakyat dan juga penyokong tuntutan BERSIH 3.0 dan hak berhimpun tempoh hari mendesak Senator Tunku Aziz Tunku Ibrahim meletakkan jawatan dan keluar daripada DAP kerana mengkritik perhimpunan itu yang dikaitkan dengan pelanggaran undang-undang. Tunku Aziz mungkin kurang tepat, atau tersilap dalam kritikannya. Namun, beliau menegaskan sokongannya kepada perhimpunan yang lebih rendah risikonya – mengambil tawaran kerajaaan agar berhimpun di Stadium Merdeka.

Untuk saya tidak ada salah pada kenyataan Tunku Aziz, dan ini tidak semestinya menjadikan pilihan BERSIH 3.0 juga salah. Kini Tunku Aziz sudah tamat tempoh perkhidmatan sebagai senator, dan ia tidak dilanjutkan. Sudah tentu kita boleh mengatakan tempoh perkhidmatan seseorang senator di Dewan Negara adalah hak pilihan kerajaan negeri. Namun jangan dilupa bahawa persepsi mempunyai tempat khusus dalam gerak kerja politik. Jika kita menyokong tuntutan BERSIH 3.0 dan hak berhimpun untuk memastikan demokrasi terus hidup dan subur di Malaysia, ketahuilah bahawa desakan agar memecat seseorang ahli parti hanya kerana berbeza pendapat secara aman dalam hal teknikal juga bukan satu tindakan demokratik.

Sesungguhnya politik wujud kerana manusia tidak boleh bersetuju 100 peratus dalam semua perkara dan seorang yang demokratik mesti memahami ciri asas ini. Saya tidak mengharapkan ahli parlimen atau pimpinan kerajaan negeri – baik diperintah oleh BN atau Pakatan Rakyat, malah sesiapa sahaja – hanya tunduk kepada apa saja garis sikap parti atau pimpinan parti setiap masa. Amalan sentiasa patuh kepada parti adalah amalan buruk yang tidak harus dicontohi oleh pemimpin Malaysia pada masa kini dan akan datang. Jangan nanti ungkapan Lincoln disalahfahami sebagai “menyekat, membeli dan menekan rakyat” (off the people, buy the people and force the people). Sesungguhnya demokrasi mempunyai sisi cerah, jadi mengapa kita mahu berada di sisi gelap?
- – -
AMIN AHMAD ialah Felo di Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS).

Tuesday, April 24, 2012

Perbahasan dan Perdebatan

orang selalu mengatakan yang perbahasan dan perdebatan ideologi
adalah sesuatu yang mengundang keburukan seperti fitnah, caci maki
dan perbalahan yang tiada kesudahan..

tapi dari apa yang aku pelajari dan alami, setiap perbahasan dan
perdebatan itu ialah satu proses penerimaan dan keseragaman ideologi
mungkin ideologi berbeza tapi perbezaan ideologi itu tidak membuatkan
fikiran kita sentiasa tertutup dan jumud tapi perbezaan itu mengajar
dan menunjukkan keterbukaan kita untuk mengeksplorasi ideologi
dan menerima ideologi orang lain yang boleh membawa kebaikkan
kepada kita setidak-tidaknya ia boleh menegur dan menunjukkan
kekurangan dan kelemahan yang ada pada ideologi kita, kerana
 hidup kita sering berurusan dengan pelbagai manusia dan
kepelbagaian itu mencetuskan perbezaan ideologi.. 

Oleh kerana itu, kita harus berubah untuk sentiasa bersedia menerima
perbahasan dan perdebatan yang berbentuk ilimiah dan maklumat untuk
di terima setiap individu.. respon kepada video terbaru Matlutfi

sekian, 

Nama Baru

Wednesday, April 11, 2012

Tuesday, March 6, 2012

Panikk!!??? Adakah anda juga PANIKKK??

Assalammualaikum..
wazzupp geng..!!

gua ni tengah kebosanan duduk dalam office seng-sorang..
semua warga department gua hari ni pegi penang.. ada eventt..
so untuk 2 hari (Selasa dan Rabu) ni memang gua 
bermaharajalela di Office ini hahaha..

So.. Kenapa panik??
sebab panik ialah sebuah lagu  rancak yang sesuai didengarkan
semasa anda bosan.. letih.. dan juga tiada semangat..

dengan tulisan Lirik yang poweRRrr.. 
 dan penuh makna.. lagu ni seperti apa yang gua paham ialah 
satu bentuk suara atau ekspresi anak muda
  terhadap isu-isu semasa.. 

boleh dikatakan mereka ni sebenaqnya bosan
dengan isu-isu kosong yang dimainkan oleh
ahli-ahli politik.. tak kira dari belah kerajaan atau 
pembangkang.. 

So.. Ini-lah masanya suara anak muda mengisi
kekosongan yang dicipta oleh pihak-pihak tersebut..

kebenaran itu susah untuk di bangkitkan
sebab ia memerlukan satu semangat juang yang tinggi 
untuk di bangkitkan bersama.. 

dan kini..
Dunia telah menyaksikan suara - suara 
anak muda ini-lah yang telah mencetuskan
gerakan revolusi dan reformasi yang  
selama ini terpendalam lama jauh di lubuk 
hati pejuang kebenaran..

anak muda pewaris kepimpinan dunia.. 
 jangan disekat idealisme mereka selagi 
idealisme mereka tu tidak jauh lari dari tuntutan
agama (Islam) dan selagi mereka menuntut 
kebebasan terhadap kebenaran..

ini dia lirik lagu Panik - Bunkface

Mereka mengatakan dunia
Penuduhan membabi buta
Sebalik sentiasa ada makna
Konspirasinya

Kini aku diperhati
Kanan kiri diawasi
Ancaman mereka tiada henti
Aku hadapi..

Biarkan ku pergi juang
Bertetangan terus dan mati
Satu dunia cinta bersedia!!

Biarkan ku pergi juang
Rasa yang kita idamankan
Satu dunia sudah bersedia
Sudah bersedia!!

Reformasi mana sakti??
Sini semua beraksi..
Ancaman mereka tiada makna..

Kini aku dipenuhi
Bayang dipancari benci
Ancaman mereka tiada henti
Aku selami..

Biarkan ku pergi juang
Berkorban dan terus mati
Satu dunia sudah bersedia!!
Biarkan ku pergi juang
Rasanya kita ditemankan
Satu dunia sudah bersedia!!

Ku selalu berasingan jauh
Dan ku biarkan mulut celakamu
Kan ku tunggu tunggu *
Ditentukan padaku padamu
Pada mereka yang setuju..

Biarkan ku pergi juang
Berkorban dan terus mati
Satu dunia sudah bersedia!!

Biarkan ku pergi juang
Rasanya kita ditemankan
Satu dunia sudah bersedia!!

post ni special tribute kepada refomer-reformer yang
berpaksikan kepada kebenaran..

Dan juga tribute kepada reformer di Timur Tengah terutama 
kepada reformer Syria yang sedang menentang kezaliman 
rejim Basyar Al Assad..



sekian.. Nama Baru..

Wednesday, February 29, 2012

Tanpa Idea..

Assalammualaikum.. 
(pesanan awal : tak de idea untuk tajuk, so  cam tu la jadinya :] )

Dah berkurun tak menulis, menge'post', dan juga berborak dalam blog ni.. Semuanya ni sebab sibuk dengan exam bulan 1 hari tu, tambah pulak dengan kerja-kerja projek environment sem lepas yang telah cukup membuatkan aku dan budak-budak kelas hilang arah.. cukup la sekali amek paper environment tu.. kalau ada orang nak bagi duit pon aku tak sanggup tempuh lagi paper tu..(buat terukk.. haha..)

Ala.. projek environment je, bukannya projek buat rumah, projek buat jambatan.. ala projek buat research je, colllect data guna questionnaire lepas tu process dan analisa data.. simple je kan??(sekadar untuk menyedapkan hati haha).. Nasib baik grade untuk group aku okay, berbaloi jugak la masa dan minyak motor yang kitorang habiskan time collect data  hari tu..

Cerita pasal data, responden yang kami kene interview ialah seramai 80 orang pengusaha restoran di seluruh Perlis, kalau tak cukup 80 orang  seluruh perlis, kene sambung collect sampai  cukup dekat area-area Kedah.. memang terseksa jiwa batin.. dah la questionnaire group aku kene reject 7 kali.. Lepas tu nak kene collect data yang bersamplekan 80 orang PENGUSAHA RESTOREN.. sungguh perit penderitaan yang kami lalui, hehe

Okay, sekarang dah kurang sibuk.. tapi akan mula sibuk balik dengan kerja-kerja FYP yang tengah tunggu masa untuk launch dan kesibukan menjalani program praktikal kat FAMA, actually tak la sibuk mana.. standard keje government la.. tapi kadang-kadang je ada time yang  memang akan jadi lebih sibuk siket dari biasa hehe.. 

adalah dua, tiga benda nak citer pasal apa yang aku dapat sepanjang hampir sebulan buat internship dengan FAMA.. hoho

sepanjang sebulan aku intern kat FAMA Perlis, aku DAPAT :
  • Belajar macam manamenggunakan mesin photostate (serius aku memang bodoh bab-bab ni)
  • Belajar macam mana nak aplikasikan kemahiran asas microsoft excel ( pon bodoh jugak, but sekarang dah pegi level yang ke arah expert in the making) hehe.. sembang tak mo kalah..
  • Belajar macam mana nak kawal ketelitian dan kemahiran masa guna mesin binding (benda ni perempuan je yang patut buat.. sebab lelaki kurang ketelitian nak buat benda ni hehe)..
  • Belajar jadi wakil pegawai kerajaan (ala-ala wakil rakyat) pergi lawat peserta program FAMA + pantau perjalanan program tersebut (macam - macam kerenah manusia kene tempuh..)
  • Belajar sabar untuk layan data-data yang bertimbun untuk di key-in ke dalam database..(apabila keje orang di-passingkan kepada orang lain.. sikit tak puas hati hehe)
  • Jadi pemerhati masa AGM koperasi FAMA  Perlis yang julung kalinya diadakan (ayat skema babe..) - makan free hari tu.. save duit huhu
  • Belajar bangun awal, liat betul la nak bangun pagi ni haha.. (benda paling susah nak dihadapi masa zaman belajar dan terpaksa ditempuh masa zaman berkarier..)
  • Kutip kehadiran peserta-peserta Pasar Tani dan Nilau Jualan diorang..(buat keje pengawas sekolah dan ketua kelas haha..)


tu je kot benda yang aku nak sembang dalam entry ni, mata dah bagi signal suh tido.. so apa lagi?? tido je la..
sekian.. Nama Baru..