Assalammualaikum..
Manusia ni dilahirkan dengan berbagai dan bermacam perangai, ada yang macam tu dan ada yang
macam ni dan juga yang macam lain-lain juga, apa macam pun manusia itu mereka tetap berasal dari seorang bapa dan ibu yang sama.
Well..
Post kali ni bukan nak meleter pasal manusia-la tapi lebih kepada nak share pasal pemikiran manusia
yang unrealistic terhadap diri sendiri, dan bukan nak katakan aku ni bagus sangat dan semuanya
datang dari aku itu realistic..
no..bukan begitu..
aku cuma manusia biasa macam orang lain ada kekurangan dan juga ada kelebihan..
semua orang ada benda tu, tapi ia berbeza dengan bentuk dan jenis kekurangan dan kelebihan tersebut..
Era Intellektual
Era ini memerlukan kita berfikiran terbuka dan luas dan tidak termaktub atau tersekat pada sesetengah halangan atau sekatan aliran pemikiran, ia diperlukan untuk melahirkan pemikiran yang lebih proaktif dan kritis terhadap sesuatu isu.. Tak kesahlah samada kita duduk di Bandar atau Kampung (Pendalaman)
Walaupun Bajet alternatif yang dicadangkan oleh PR mempunyai beberapa kelemahan iaitu salah satuNya ialah dengan menggunakan data-data yang kurang tepat (data-data yang diambil secara umum, seperti yang dilaporkan media-media tempatan tapi sekurang-kurangnya mereka sudah menunjukkan komitmen dan peranan mereka dalam membawa isu-isu umum seperti Harga Kereta Tempatan dan Import, Perjanjian IPP yang menyebabkan caj penggunaan elektrik naik dengan lebih kerap, Masalah Perumahan (harga rumah dikawasan-kawasan tumpuan, pemilikan rumah bagi golongan-golongan muda dan kelas bawahan), aktiviti pembanterasan rasuah dan lain-lain..
Aku bersetuju jika ada pendapat yang mengatakan bahawa ada sesetengah pemimpin dari PR sendiri kurang pengalaman dalam urus tadbir kerajaan, tapi ia bukanlah satu masalah utama, kerana didalam PR juga ada tokoh-tokoh berwibawa yang berpengalaman dalam hal itu, walaupun sebelum ini cuma mentadbir kementerian-kementerian dan syarikat-syarikat tapi dikalangan mereka juga kebanyakannya masih ada gaya kepimpinan yang membolehkan mereka mentadbir dengan baik... Sekurang-kurangNya kita harus cuba, kerana didalam kabinet parti pemerintah juga ada menteri-menteri yang baru dan tiada pengalaman urus tadbir negara..Pokok Pangkalnya haruslah ada sikap terbuka dan lapang dada untuk menerima kritikan dan teguran yang boleh membina dan membangunkan gaya pentadbiran mereka..
Aku senang dengan cara Dr Asri (DrMAZA), Dr Maszlee, MURSHID, IDEAS, REFSA, Merdeka Review etc. dalam memberi pandangan dan kritikan terhadap mana-mana pihak, mereka-mereka yang terlibat ini adalah mereka yang mewakili intelektual, pemikiran, penerimaan dan tindakan masyarakat demokrasi yang bertamadun di Malaysia dan juga mereka memberi harapan kepada perubahan dan kemajuan yang lebih jelas, transparent dan adil kepada rakyat Malaysia.. SELAMANYA 'PEOPLE POWER!!'
sekian,
Nama Baru Celoteh #TanpaMotifJelas
No comments:
Post a Comment