Assalamualaikum, lately memang hangat isu pasal PRU, BERSIH, PERKASA, UMNO, PAS, PR, BN dan bermacam lagi, banyak pendapat, banyak pandangan yang dilontarkan oleh ramai orang, tidak kira dari sebelah Parti Pemerintah, dari sebelah Parti Pembangkang dan juga dari NGO dan pihak-pihak yang bebas dari politik seperti ahli-ahli akademik konvensional dan ahli-ahli akademik ISLAM (ilmuan ISLAM).
Walaupun begitu, dalam situasi begini, kita perlukan sumber-sumber yang professional dan sumber-sumber itu mestilah datangnya dari hasil pandangan ahli-ahli akademik dan ilmuan islam yang dilihat lebih arif dan mahir dalam mengendalikan isu-isu besar didalam masyarakat, pandangan dari mereka juga lebih rasional dan relevan terhadap masyarakat kerana mereka tidak tunduk kepada mana-mana paksi kepartian (bersifat neutral).
ok straight to the point, entry kali ni mungkin agak terjerumus kepada isu berkaitan 'politik' tapi niat sebenar post entry ini ialah kerana aku nak berkongsi penjelasan yang dijelaskan oleh Ustaz Zaharuddin (UZAR) terhadap isu tersebut.
aku tergerak nak berkongsi isu ni bila aku terbaca pasal kenyataan YB Kulim Bandar Baru (kalau tak silap) iaitu Datuk Zulkifli Noordin yang bertajuk Zulkifli Noordin : Saya Berdosa, Perdayakan Syeikh Yusof Al Qaradawi
dan selepas baca artikel / kenyataan tersebut aku terus rujuk isu ni dekat artikel dan pandangan Ustaz Zaharuddin (UZAR) yang bertajuk Isu Sumpah Laknat & Perlukah Dibalas Sumpah? (Kemaskini)
recommendation aku ialah setiap kamu semua mestilah baca kedua-kedua kenyataan dan pandangan yg aku dah link kan kat atas, cuma perlu klik pada link tersebut dan baca kedua-keduanya sekali. Lepas baca sila la buat renungan dan muhasabah diri, seperti apa yang disarankan oleh Ustaz Zaharuddin, tak perlulah kita membuat andaian, menetapkan pendirian dan keyakinan dalam isu yang berat sebegini kerana kita semua tidak mempunyai basis yang diharuskan islam untuk membuat sebegitu.
Setiap perlakuan dan tindakan yang kita lakukan itu mungkin datangnya dari niat yang baik tapi dilakukan dengan cara yang salah dan tidak sah, maka dengan itu kita haruslah meminta pandangan dari ahli-ahli akademik dan ilmuan ISLAM yang ada, kerana mereka lebih arif dan mahir dalam bidang ini.
'matlamat tidak menghalalkan cara'
itulah pentingnya pemahaman kita kepada ilmu-ilmu fiqh kerana ia dapat mengelakkan kita dari terlibat dari pertuduhan dan fitnah yang berlaku keatas seseorang itu. Jika kita tak paham dan jahil, kita perlu kepada panduan dan pandangan para ilmuan-ilmuan ISLAM, inshaallah mereka akan memberi pandangan yang lebih rasional dan relevan dan jauh juga tidak terpengaruh dari sifat-sifat kepartian (berat sebelah).
Bila kita bermuhasabah diri, maka kita akan lihat diri kita ini jahil dalam bab-bab yang melibatkan hukum hakam ISLAM, tapi syukur dan bernasib baik sebab kita masih mempunyai ramai ilmuan-ilmuan ISLAM yang boleh bimbing kita kepada arah yang benar insha allah..
sekian wassalam..
No comments:
Post a Comment