waktu kat Malaysia sekarang..

Peminat-peminat Saya

Mein Name ist Nama Baru

My photo
Seorang musafir diatas bumi sang pencipta, mencari & terus mencari erti hidup

sEaRcH Fr0m HeRe

Thursday, June 23, 2011

Diantara Benci ada Cinta..

Benci + Cinta = Bencinta      Hate+Love = Hlovate

Equation kat atas ni adalah hasil merapu aku dalam minggu-minggu yang lepas..  

Eq. Bencinta ini asal dari dari  dua benda, 1 dari novel (Hlovate) dan 1 lagi dari lagu (Faizal Tahir)..

Makna Hlovate memang unik 'hate+love'... atau makna yang dalam lagi ---> diantara benci ada cinta..

Straight to the point, actually aku nak review novel hasil tangan Hlovate yang aku baru je khatam 2 minggu lepas.. 1st time aku baca novel Hlovate, dan aku rasa wow!! aku tertarik dengan ayat-ayat sempoi Hlovate, rasa santai sambil melihat pantai bila baca hikayat Hlovate tu..haha

Novel Hlovate yang aku dah habis jelajah tu tajuk dia aA+bB, before aku baca novel tu aku memang rasa pelik, ingatkan novel ABC.. budak-budak wahaha.. Overall cerita ni memang best, cerita yang kena dengan jiwa dan mood alam remaja, akhir remaja dan awal dewasa.. Ikut cerita adik aku, novel ni ada kaitan dengan novel Hlovate yang tajuk dia 'Tunas'.. Tunas sequel sebelum aA+bB..

Watak hero, heroin or main character dalam aA+bB ialah Benz Alif dan Nur Addin Shah..tajuk novel ni aA+bB pon ada kaitan dengan masalah alam petala ke- 7 ni-----> addin+benz = !@#&(^%...

dalam hikayat aA+bB ni sama je macam kebanyakan novel lain,  cerita pasal kawen paksa / kawen terpaksa / kawen paksa rela.. tapi benda yang buat aA+bB lain daripada yang lain ialah gaya bahasa yang sempoii dan tidak terlalu cliche dengan novel-novel yang lain.. contoh banyak novel yang buat cerita dalam atmosfera kekopratan, orang kaya ini, orang kaya itu, tak nampak macam cerita tu relevan dan kena dengan keadaaan kebanyakan orang kat Malaysia, Hlovate berjaya ubah penggayaan cerita-cerita macam tu dan bawak pembaca kepada atmosfera realiti kebanyakan manusia di Malaysia..

Hlovate juga dah create 1 role model bagi seorang Lelaki, sabar, tabah, tekun, sopan-santun, rendah diri, romantik, lawak, jiwang, open minded, modern tapi Islam, patuh pada ibubapa, suami mithali, abang yang baik, penyayang.. character ni hampir sempurna, sifat pembimbing Benz paling jelas masa addin tengah sedih sebab keguguran anak diorang.. cara Benz bimbing Addin tu memang boleh dijadikan contoh kepada insan bernama lelaki...


aA+bB = Superb by Hlovate

overall --- Hlovate terbaikk!!!




2 comments:

uchiha ct-k said...

tunas lagi best weh! :D

Naufal said...

ye mmg pon, so kak ct ada x?? nak pinjam..