waktu kat Malaysia sekarang..

Peminat-peminat Saya

Mein Name ist Nama Baru

My photo
Seorang musafir diatas bumi sang pencipta, mencari & terus mencari erti hidup

sEaRcH Fr0m HeRe

Friday, February 4, 2011

Minggu Cuti yang dipenuhi dengan Kemalasan

Assalammualaikum..

Cuti seminggu nie penuh dengan kemalasan, plan before cuti punyi lar baek, kalau tengok kat plan tu rasa2nya mesti aku buzy je minggu nie, tapi apa nak buat dah kalau Incik NAMA BARU nie sejak azalinya memang pemalas, maka tetap jadi pemalas gak lar aku..huhu


Dan...dan.. dan.. Minggu nie gak aku buat satu keputusan diantara 2 pilihan haha.. dan aku rasa pilihan yang aku buat  tu agak tepat dan sesuai dengan daya dan kesempitan aku buat masa kini.. Bagi aku biarlah hidup susah sikit dari menyusahkan orang lain.. Tanggungjawab diri ialah perkara yang menjadi keutamaan aku buat masa ini..FULLSTOP.. 

Minggu ni gak aku n family sebok dok dengaq2 berita atas apa yang berlaku di Mesir, hampir sehari sekali calling  adik aku disana, risau gak dengan dia, dah ler perempuan.. 

TAPI

Bila call jer dia, terus RISAU tadi hilang hehe.. Minah tu memang tenang dan tak cepat gelabah, nada suara dia pon macam tak ada apa2 yang berlaku kat sana, dari segi keselamatan aku dengan family tak berapa risau, cuz dia disana menginap di rumah W.Persekutuan, so dari segi keselamatan tu agak terjamin lar, tapi bende yang mungkin tak terjamin ialah bekalan makanan dia.. Rusuhan tu pon tak kan lar boleh reda dalam masa terdekatkan?? so memang perkara yang paling genting disana ialah bekalan makanan..

Dalam kegentingan di sana. ada plak suara2 kerisauan dari pihak2 laen, iaitu pihak2 ibubapa yang  sangat risau dengan keadaan anak2 mereka, sehinggakan ada yang bertikam lidah, pada aku lar ek!!! kita tak perlu lar nak  terlalu risau sehingga mengambil keputusan mengambil pulang mereka2 yang di Mesir sekarang nie, sebab katakan lar 14,000 warga Malaysia tu nak balek sekaligus atau dalam seminggu di Airport2 utama di Mesir, hasilnya bayangkan dengan kepadatan manusia di airport2 tersebut ditambah dengan 14,000 orang warga Malaysia, apa akan jadi kat airport tu?? 

secara rasionalnye mengambil pulang anak mereka sendiri tu bukan lar satu keputusan yang salah, tapi keputusan yang kurang tepat, sebab andai kata perusuh2 tersebut menukar tempat rusuhan mereka dan berkumpul di airport seperti apa yang pernah terjadi di Thailand tahun lepas,  tak ke sesuatu terjadi kepada anak2 mereka yang sedang di airport nie kan?? mengikut cerita adik aku, 2 orang kawan dia terlepas kapal terbang cuz airport terlalu CROWDED dan kesusahan mencari pengankutan awam disana buat masa nie..


Kerajaan Malaysia di dakwa lambat mengambil keputusan untuk memindahkan mereka, mungkin benar dakwaan tersebut tapi pendapat aku plak, kerajaan takkan terburu-buru membuat keputusan, segala apa keputusan perlu diperiksa dan diteliti, maka langkah kerajaan, PM hantar timb. menteri luar dan orang kanan beliau untuk memeriksa keadaan disana, dan apabila pasti keadaan disana akan menjadi teruk maka operasi evakuasi warga Malaysia di jalankan.. 

so.. pada pendapat aku, ibubapa di Malaysia tidak perlu terlalu risau terhadap keselamatan anak2 mereka, kerajaan pasti melalukan sesuatu cuz takkan lar kerajaan sanggup mengambil risiko keselamatan warga2 Malaysia kan?? so biarlah kerajaan buat apa yang sepatutnya mereka buat.. 

Insyaallah semua warga Malaysia disana akan selamat..


No comments: