Yeah!! akhirnya, dalam keadaan awal pagi macam sekarang ni aku rasa nak update entry blog pulak.. Kesibukan yang melanda diri kebelakangan nie membuatkan masa untuk online terbatas (betul ke terbatas?? nina asek cakap aku selalu online FB jer, tu pon dianggap dalam keadaan terbatas ke?? hehe).
nina plak selalu memerli aku dengan ayat ' rakyat jelata' dia.. ceyh ,sifat perasan cool dan perasan SAMSENG dia tu.. membuatkan aku nak bercerita tentang kawan baik aku, iaitu nina yang popular dengan nama nina jinjang hehe =)
tak memasal je aku cerita pasal nina nie mesti korang yang baca entry ni akan tertanya-tanya siapa nina tu kan?? erm pendekkan cerita, aku kenal nina sejak kat sekolah kepong lagi, start form berapa ek? erm start form 2 or 3 kot, ish lupa plakk.. time tu nina lagi kuat poyo dari sekarang, hehe dan time tu jugak dia bajet untuk jadi star netball kat sekolah kitorang, tapi sebenarnya memang dia star net ball kat sekolah pon..hehe
time mula-mula korang nak kenal si minah nina ni, korang akan nampak dia macam garang+sombong semacam jer, tapi bila dah kenal agak lama dan rapat. garang+sombong tu yang mesrakan kitorang hehe..(sure ayat mesra ni boleh buat ko senyum sendiri cam orang gila kat tanjung rambutan tu nina haha).. so bila diingatkan balik, dah lama jugak lar kitorang berkawan, atas kesempatan ni aku nak puji siket kat nina lar, nina kawan saya yang terbaek!! yang terjinjang!! yang memang terpoyo!! dan lain-lain ter lagi lahh untuk dia..haha..
okay lar beralih kepada aktiviti-aktiviti semasa aku, rasa-rasanya sem ni agak bz lar, sambil nak uruskan persatuan, nak study, nak pikir macam mana nak naikkan CGPA, nak enjoy dan macam-macam lagi lah.. payah tau!! dan aku memang tak berasa agak senang sem ni sebab terpaksa jual burger mahal didalam salah satu project paper aku sem ni.
Aku namakan projek tu sebagai projek A n B (Anak n Bapak), kami diminta untuk menjual burger dan minumum sales burger tu dalam 120 unit untuk satu kumpulan, so aku kena cari 30 unit secara individual or jual 120 unit secara grouping, harga burger tu RM 3/unit dan mereka tolak kat kami pon RM 3/unit.. Cuma kami akan diberi komisen RM 6 untuk setiap jualan 1 box(18 unit burger), adakah ia sangat mahal dan membebankan? jawapannya ialah iya!! memang ia membebankan dan tidak relevan untuk dijadikan sebagai project paper untuk subject Stragegic Mgt. Mkting.
Cara jualan burger tu pon di kawal, salah satu kawalan projek tu ialah tak boleh menjaja, so kami semua kena iklankan burger diorang tu dalam FB, Tweeter(bagi sesiapa yg aktif tweet2 lar), live messenger, sms by phone or calling.. Kononnya dengan cara tu akan menampakkan imej profesional kami, 1 persoalan aku ialah, adakah dengan cara-cara yang dianggap profesional tu dapat memberi kelebihan, kebaikan dan keuntungan kepada peserta projek? Jawapan kepada persoalan tersebut ialah cara-cara itu tidak dapat membantu kami untuk membuat jualan yang banyak, kerana aproach-aproach tersebut tidak memberi interaksi lansung antara penjual dan pembeli, dalam asas marketing perhubungan antara firma dan pelanggan adalah perkara yang penting dan amat dititip beratkan. Dan menggunakan kesemua cara profesional itulah akan mendedahkan kelemahan produk yang nak dijualkan, sebab application-application kat internet tu senang di ekses oleh orang luar. Orang luar akan berkata tentang produk kita, dan apa yang kami terima ialah feedback mereka-mereka yang negatif. Contoh feedback negatif diorang ialah harga mahal dan kualiti burger tu >>>rasa tak sedap (tawar).
Kenapa burger projek tu mahal??
burger tu mahal sebab kononnya burger tu dibakar dan tidak di goreng, so diorang mengwar-warkan bahawa burger yang diorang buat tu berkhasiat dan baik untuk kesihatan, kata diorang lar kan??
tapi bagi aku, sihat macam mana pun, susah untuk budak-budak kampus beli burger mereka, budak-budak kampus ni semua student, belum berpendapatan tetap, kebanyakannya semua berharap kat loan, lagi-lagi bagi sesiapa yang buat loan dengan PTPTN. Target market dan tempat. diorang buat cafe konsep tu tak berapa sesuai, sebab diorang rata-ratanya adalah student yang muda dan belia, so diorang semua tak kisah pasal makanan konsep yang sihat dan berkhasiat tu, yang penting bagi diorang KENYANG!!!!!!!!!!!
entry kali ini juga untuk menjelaskan kenapa aku tidak hadir kuliah Channel Rabu lepas..
(bajet selebriti plak sampai nak kne jelas2 hal nie haha)
p/s kepada Pn Hajah : saya betul-betul minta maaf kerana saya tidak hadir kuliah pada rabu lepas, saya bagun lambat tapi bukan kerana saya sengaja untuk tidak menghadirkan diri, mungkin saya kepenatan kerana menjual burger pada malam sebelumnya, minta maaf..
p/s aku update entry nie antaranya adalah kerana atas permintaan si cantik tapi tak berapa jelita yang namanya Cik Fatin Ilani tu dan.juga kerana nak cerita pasal projek burger yang mahal dan tak berapa relevan keh3 dan sebab nak jugak buat entry cover cerita member aku yang brutal, si Nooru Shazurina tu..hehe
Banyak betul tu..ti..dan ta.. haha.. so akhirnya update gak entry blog yang bosan ni haha.. =)
2 comments:
salam...
waaa...rindunye kat skool dlu...
ape ek citer korg sume skrg...? ada yg dh kawin ke? hehehe...
nadia just tau kabar nina je...
moga2 korg sihat2 belaka n berjaya menjd insan yg berguna di dunia n diakhirat...amin...;-)
hehe.. cam mana nadia leh dapat tau pasal blog bosan ni??
Post a Comment