waktu kat Malaysia sekarang..

Peminat-peminat Saya

Mein Name ist Nama Baru

My photo
Seorang musafir diatas bumi sang pencipta, mencari & terus mencari erti hidup

sEaRcH Fr0m HeRe

Thursday, October 25, 2012

No Title


Assalammualaikum..

Manusia ni dilahirkan dengan berbagai dan bermacam perangai, ada yang macam tu dan ada yang 
macam ni dan juga yang macam lain-lain juga, apa macam pun manusia itu mereka tetap berasal dari seorang bapa dan ibu yang sama.

Well..
Post kali ni bukan nak meleter pasal manusia-la tapi lebih kepada nak share pasal pemikiran manusia 
yang unrealistic terhadap diri sendiri, dan bukan nak katakan aku ni bagus sangat dan  semuanya
datang dari aku itu realistic..

no..bukan begitu..  
aku cuma  manusia biasa macam orang lain ada kekurangan dan juga ada kelebihan.. 
semua orang ada benda tu, tapi ia berbeza dengan bentuk dan jenis kekurangan dan kelebihan tersebut..

Era Intellektual

Era ini memerlukan kita berfikiran terbuka dan luas dan tidak termaktub atau tersekat pada sesetengah halangan atau sekatan aliran pemikiran, ia diperlukan untuk melahirkan pemikiran yang lebih proaktif dan kritis terhadap sesuatu isu.. Tak kesahlah samada kita duduk di Bandar atau Kampung (Pendalaman)

Cost and Benefit, Pro and Contra dalam sesuatu perkara itu harus dinilai keseluruhannya, kita lihat perkembangan dan sudut positif yang kita terima atas sesuatu perkara itu, setelah 55 tahun merdeka dan 12 kali PRU cuma kini sahaja kita mempunyai satu barisan, satu pakatan pembangkang yang kuat dan aktif dalam menjana idealisme-idealisme segar yang lebih dekat isuNya kepada rakyat dan ia juga telah memberi kesan terhadap kedudukan pakatan parti pemerintah  yang selama ini selesa dengan 2/3 majoriti didalam dewan rakyat.. kesan besar PRU 12 terhadap scenario politik tempatan ialah apabila PR iaitu pakatan pembangkang di Parlimen Malaysia mengeluarkan bajet alternatif mereka dan buku perancangan dasar yang dicadangkan dari PR.. Ia adalah perkembangan positif didalam memberi rakyat sedikit ruang dan peluang untuk memilih walaupun ia mengambil sehingga masa 55 tahun dan PRU ke 12

Walaupun Bajet alternatif yang dicadangkan oleh PR mempunyai beberapa kelemahan iaitu salah satuNya ialah dengan menggunakan data-data yang kurang tepat (data-data yang diambil secara umum, seperti yang dilaporkan media-media tempatan tapi sekurang-kurangnya mereka sudah menunjukkan komitmen dan peranan mereka dalam membawa isu-isu umum seperti Harga Kereta Tempatan dan Import, Perjanjian IPP yang menyebabkan caj penggunaan elektrik naik dengan lebih kerap, Masalah Perumahan (harga rumah dikawasan-kawasan tumpuan, pemilikan rumah bagi golongan-golongan muda dan kelas bawahan), aktiviti pembanterasan rasuah dan lain-lain..

Aku bersetuju jika ada pendapat yang mengatakan bahawa ada sesetengah pemimpin dari PR sendiri kurang pengalaman dalam urus tadbir kerajaan, tapi ia bukanlah satu masalah utama, kerana didalam PR juga ada tokoh-tokoh berwibawa yang berpengalaman dalam hal itu, walaupun sebelum ini cuma mentadbir kementerian-kementerian dan syarikat-syarikat tapi dikalangan mereka juga kebanyakannya masih ada gaya kepimpinan yang membolehkan mereka mentadbir dengan baik... Sekurang-kurangNya kita harus cuba, kerana didalam kabinet parti pemerintah juga ada menteri-menteri yang baru dan tiada pengalaman urus tadbir negara..Pokok Pangkalnya haruslah ada sikap terbuka dan lapang dada untuk menerima kritikan dan teguran yang boleh membina dan membangunkan gaya pentadbiran mereka..

Aku senang dengan cara Dr Asri (DrMAZA), Dr Maszlee, MURSHID, IDEAS, REFSA, Merdeka Review etc. dalam  memberi pandangan dan kritikan terhadap  mana-mana pihak, mereka-mereka yang terlibat ini adalah mereka yang mewakili intelektual, pemikiran, penerimaan dan tindakan masyarakat  demokrasi yang bertamadun di Malaysia dan juga mereka memberi harapan kepada perubahan dan kemajuan yang lebih jelas, transparent dan adil kepada rakyat Malaysia.. SELAMANYA 'PEOPLE POWER!!'

sekian,

Nama Baru Celoteh #TanpaMotifJelas

Tuesday, October 2, 2012

Mimpi Malaysia di Korea Selatan


Assalammualaikum..
Salam Sejahtera..

Sempena #BudgetFever yang melanda Malaysia sejak Jumaat lepas (28 September 2012), aku berasa tertarik untuk berkongsi sebuah artikel yang ditulis oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah Anwar, artikel ni diambil daripada blog beliau dan di terbitkan sekitar 2010, walaupun agak lama dalam tempoh 2 tahun, namun isunya masih relevan untuk kita jadikan sumber sebagai satu perbandingan dan pertimbangan terhadap perjalanan dan progress yang telah dan sedang Malaysia lalui..

Permandangan Malam KL

Permandangan Malam Seoul

(Pertama kali disiarkan di Sinar Harian, 7 Disember 2010)


Mimpi Malaysia di Korea Selatan
Bukan lagi perkara luar biasa untuk bertemu dengan anak-anak muda yang bercita-cita untuk meninggalkan negara. Bagi yang lebih bernasib baik dan berkelayakan, Kad Hijau Amerika Syarikat atau taraf penduduk tetap di Singapura menjadi jalan keluar kepada belenggu ini. Untuk yang tiada peluang sebegini, saya percaya ramai yang terus tidak ambil pusing tentang apa berlaku di persekitaran mereka dan hanya hidup untuk memenuhi keperluan asas harian. Bagi saya, keyakinan untuk terus menjanjikan perubahan dan membawa harapan baru datang daripada penghayatan terhadap sejarah negara. Semasa negara ini bermula, para pemimpin dahulu merangka rancangan-rancangan yang dapat membawa Malaysia ke hadapan dalam masa singkat. Pemimpin-pemimpin dahulu menubuhkan Felda untuk menyelesaikan masalah kemiskinan tegar di luar bandar.

Kita pernah membuka Maktab Perguruan di Kirkby, Liverpool untuk melahirkan kumpulan pendidik terbaik dengan pantas bagi mengasuh anak-anak bangsa di tanah air. Perkara sama juga dapat dilihat apabila pada tahun 1970-an Petronas ditubuhkan agar hasil minyak yang melimpah itu dapat diuruskan dengan lebih cekap bagi mempercepatkan pembangunan negara. Hasilnya, penduduk pedalaman tidak hidup kelaparan. Guru-guru mendapat latihan bertaraf dunia dapat dilahirkan dengan cepat. Pembangunan dapat dilaksanakan dengan cepat hasil pengurusan sumber minyak yang cekap. Sudah tentu, akibat lupa dengan hasrat murni pemimpin dahulu, maka lahirlah kecacatan di sana-sini dalam sistem yang wujud sejak kelahiran negara kita. Saya dapat melihat bagaimana sejarah pembinaan negara ini diulang tayang semasa lawatan saya ke Korea Selatan minggu lepas untuk menghadiri jemputan persidangan Kepimpinan Wanita Global dari 29 – 30 November.

Tujuan utama persidangan itu untuk berbincang dan belajar dengan pemimpin-pemimpin wanita dari seluruh dunia tentang peranan dan pengupayaan kepimpinan generasi muda untuk pembangunan demokrasi dan ekonomi negara masing-masing. Sejarah pembangunan ekonomi Korea Selatan dan Malaysia menjadi contoh bagaimana Korea Selatan berjaya maju jauh ke depan. Korea Selatan berada dalam keadaan lebih miskin dari Malaysia pada tahun 1960-an. Ia tidak memiliki sumber asli seperti balak, bijih, atau minyak. Satu-satunya sumber kekayaan mereka ialah orang muda berpendidikan yang kuat bekerja. Rancangan ekonomi yang mengubah wajah Korea Selatan juga bermula dengan industri pengeluaran barangan elektronik murah sebelum beralih penghasilan produk bernilai tinggi pada 1980-an sehingga warganya mencatatkan kenaikan pendapatan sebanyak empat kali ganda antara 1987 hingga 1990. Penting untuk disebutkan pada tahun 1950, pendapatan per kapita negara kita adalah hampir empat kali ganda Korea Selatan.

Hari ini Malaysia sudah jauh ditinggalkan Korea Selatan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita kita adalah sekitar AS$6975, manakala negara itu sudah ke depan dengan AS$17,078. Seperti Malaysia, Korea Selatan juga mempunyai industri automobilnya sendiri. Hyundai yang bermula lewat tahun 1970-an berbanding Proton yang dilahirkan Malaysia pada 1980-an, hari ini sudah menjadi jenama besar dan terkemuka di dunia manakala Proton yang berharga tinggi di negara sendiri masih mencari-cari pasaran dunia yang semakin mengecil. Korea melahirkan jaguh dunia manakala Malaysia melahirkan jaguh kampung.

Secara ringkasnya, Korea Selatan yang lebih terbeban dengan masalah ekonomi pada satu ketika, kini menjadi lebih makmur daripada kita melalui dasar-dasar diperkenalkan dengan tujuan membawa anjakan besar kepada negara. Melihat sejarah kemakmuran Korea Selatan mengembalikan keyakinan saya kepada usaha untuk membawa harapan baru kepada rakyat negara ini. Saya masih bertekad untuk berjuang agar negara kita berubah penumpuan dasar daripada membina prasarana fizikal seperti Menara 100 tingkat kepada pelaburan pengupayaan model insan dan prasarana intelektual dengan menggandakan usaha kita dalam bidang pendidikan dan penyelidikan. Kejayaan masa depan ekonomi negara masih saya yakin tertakluk kepada pemulihan demokrasi melalui penarikbalikan pengisytiharan darurat, pemansuhan undang-undang anti demokratik dan menjamin proses pilihan raya yang adil, terus, dan bebas seperti di Korea Selatan. Ia memang satu perjalanan panjang yang penuh ranjau tetapi tidak mustahil untuk dicapai. Memang lebih mudah untuk putus harapan dan meninggalkan segala tanggungjawab. Tetapi perjalanan ini ibarat satu maraton jarak jauh, dan kerana kealpaan dan kelekaan pemimpin yang tidak amanah dan bertanggungjawab, kita telah ketinggalan. Namun berkat keazaman, istiqamah dan penerusan agenda demi mengembalikan kejayaan lampau Malaysia, saya yakin kita mampu memintas jauh ke hadapan mereka yang telah memotong kita satu ketika dahulu. Kesediaan menerima kebenaran yang pahit, dan bergerak pantas untuk memperbaiki kelemahan yang ada menjadikan pembinaan semula kekuatan negara sesuatu yang mampu kita lakukan bersama! Ayuh, hidupkan semula mimpi Malaysia!

* Penulis ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai dan mengalu-alukan maklum balas di mp -at- nurulizzah.com

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk membaca posting ini, Wassalam..


P/S: 
Peace No War
Citizenship For Rohingya
Freedom for Syria
Freedom for Palestine
We Love Our Prophet  Muhammad SAW