Assalammualaikum..
Haha.. minggu ni memang lain siket dari minggu-minggu yang lepas, mula dari Isnin dah serabut sana sini pergi uruskan hal daftar kenderaan untuk sticker baru UiTM.. Hujan-hujan pun aku redah je pergi uruskan..
Esoknya Selasa, aku start selsema a.k.a Flu, terus je pergi Klinik UiTM amek ubat, bajet balik tu nak terus makan ubat nak terus rehat a.k.a tidur, tapi lepas tu remy call ajak pi mengadap Dr. Nik, dah rosak plan aku nak tidur lepas tu, time jumpa Dr. Nik tu dah dekat 3 jam pulak kene tahan kat situ, dengan keadaan selsema tu juga kene paksa betulkan questionnaire.. fuyhh Allah je yang tau betapa tersiksa aku masa tu.. memang tak rancang la nak jumpa Dr. pagi tu, tapi apa mau buat projek punya pasal.. Lepas balik dari jumpa Dr. Nik badan aku mula dah tak rasa sedap, aku terus tidur sampai petang, bangun dari tidur badan aku dah panas.. arghhh demam pulak aku ni..
Dan hari ni hari Rabu, sepatutnya ada test M.E (eco) tapi aku amek MC sebab aku tak ready + kepala masih melayang-melayang.. tidur sampai petang juga, baru la sekarang ni lega sikit, tapi masih pening-pening lalat lagi..hehe
baru nak baik dari demam dapat pulak berita yang memeningkan kepala, menyampah betul la dengan kerenah birokrasi UiTM ni.. Bencila aku!! arghhh EMO sebentar hehe..
Itu sahaja dari Nama Baru, melaporkan dari pekan diraja Araustralia..
2 comments:
bizi sgt kalah menteri besar perlis ko..da tau xsedap bdan g plak duk bilik lecturer yg berekon.memang best la.
aku kene paksa buat kat situ la, kalau ikot aku mmg nak blah je tak nak lepak lama-lama bilik dia..haha
Post a Comment