assalamualaikum,
semalam ahad 17 Julai 2011 Malaysia kehilangan seorang ahli parlimen dan pemimpin yang berwibawa, beliau sentiasa isitiqomah dalam perjuangan dan mempunyai semangat kental dalam perjuangan yang memartabatkan Islam di Malaysia.. Kehilangan yang sukar dicari ganti dan marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Bt Hj. Mohd Ghazali..
semoga roh beliau diredhai dan di tempatkan bersama para solihin dan para mujahidin.. Al fatihah..
nota kaki : dan kepada pihak yang sangat tidak bertanggungjawab (yang telah menyebarkan berita palsu sebelum itu).. haruslah bertaubat, muhasabah diri dan tanya pada diri sendiri jika anda diletakkan pada tempat ahli-ahli keluarga Dr. , apabila seseorang mencanang berita palsu tentang ahli keluarga anda yang sedang sakit tenat, adakah anda tidak terkilan dan sedih? maka bertaubatlah kalian yang berbuat perkara seperti itu, sesungguhnya pintu taubat itu sentiasa terbuka bagi hambaNya yang menghargai peluang itu..
sekian, wassalam..
No comments:
Post a Comment