waktu kat Malaysia sekarang..

Peminat-peminat Saya

Mein Name ist Nama Baru

My photo
Seorang musafir diatas bumi sang pencipta, mencari & terus mencari erti hidup

sEaRcH Fr0m HeRe

Friday, June 24, 2011

Bebas.. Bersih dan tidak berat sebelah..

Assalamualaikum, lately memang hangat isu pasal PRU, BERSIH, PERKASA, UMNO, PAS, PR, BN dan bermacam lagi, banyak pendapat, banyak pandangan yang dilontarkan oleh ramai  orang, tidak kira dari sebelah Parti Pemerintah, dari sebelah Parti Pembangkang dan juga dari NGO dan pihak-pihak yang bebas dari politik seperti ahli-ahli akademik konvensional dan ahli-ahli akademik ISLAM (ilmuan ISLAM).

Walaupun begitu, dalam situasi begini, kita perlukan sumber-sumber yang professional dan sumber-sumber itu mestilah datangnya dari hasil pandangan ahli-ahli akademik dan ilmuan islam yang dilihat lebih arif dan mahir dalam mengendalikan isu-isu besar didalam masyarakat, pandangan dari mereka juga lebih rasional dan relevan terhadap masyarakat kerana mereka tidak tunduk kepada mana-mana paksi kepartian (bersifat neutral).


ok straight to the point, entry kali ni mungkin agak terjerumus kepada isu berkaitan 'politik' tapi niat sebenar post entry ini ialah kerana aku nak berkongsi penjelasan yang dijelaskan oleh Ustaz Zaharuddin (UZAR) terhadap isu tersebut.


aku tergerak nak berkongsi isu ni bila aku terbaca pasal kenyataan YB Kulim Bandar Baru (kalau tak silap) iaitu Datuk Zulkifli Noordin yang bertajuk Zulkifli Noordin : Saya Berdosa, Perdayakan Syeikh Yusof Al Qaradawi

dan selepas baca artikel / kenyataan tersebut aku terus rujuk isu ni dekat artikel dan pandangan Ustaz Zaharuddin (UZAR) yang bertajuk Isu Sumpah Laknat & Perlukah Dibalas Sumpah? (Kemaskini)

recommendation aku ialah setiap kamu semua mestilah baca kedua-kedua kenyataan dan pandangan yg aku dah link kan kat atas, cuma perlu klik pada link tersebut dan baca kedua-keduanya sekali. Lepas baca sila la buat renungan dan muhasabah diri, seperti apa yang disarankan oleh Ustaz Zaharuddin, tak perlulah kita membuat andaian, menetapkan pendirian dan keyakinan dalam isu yang berat sebegini kerana kita semua tidak mempunyai basis yang diharuskan islam untuk membuat sebegitu.

Setiap perlakuan dan tindakan yang kita lakukan itu mungkin datangnya dari niat yang baik tapi dilakukan dengan cara yang salah dan tidak sah, maka dengan itu kita haruslah meminta pandangan dari ahli-ahli akademik dan ilmuan ISLAM yang ada, kerana mereka lebih arif dan mahir dalam bidang ini.

'matlamat tidak menghalalkan cara'

itulah pentingnya pemahaman kita kepada ilmu-ilmu fiqh kerana ia dapat mengelakkan kita dari terlibat dari pertuduhan dan fitnah yang berlaku keatas seseorang itu. Jika kita tak paham dan jahil, kita perlu kepada panduan dan pandangan para ilmuan-ilmuan ISLAM, inshaallah mereka akan memberi pandangan yang lebih rasional dan relevan dan jauh juga tidak terpengaruh dari sifat-sifat kepartian (berat sebelah).

Bila kita bermuhasabah diri, maka kita akan lihat diri kita ini jahil dalam bab-bab yang melibatkan hukum hakam ISLAM, tapi syukur dan bernasib baik sebab kita masih mempunyai ramai ilmuan-ilmuan ISLAM yang boleh bimbing kita kepada arah yang benar insha allah..

sekian wassalam..

Thursday, June 23, 2011

Diantara Benci ada Cinta..

Benci + Cinta = Bencinta      Hate+Love = Hlovate

Equation kat atas ni adalah hasil merapu aku dalam minggu-minggu yang lepas..  

Eq. Bencinta ini asal dari dari  dua benda, 1 dari novel (Hlovate) dan 1 lagi dari lagu (Faizal Tahir)..

Makna Hlovate memang unik 'hate+love'... atau makna yang dalam lagi ---> diantara benci ada cinta..

Straight to the point, actually aku nak review novel hasil tangan Hlovate yang aku baru je khatam 2 minggu lepas.. 1st time aku baca novel Hlovate, dan aku rasa wow!! aku tertarik dengan ayat-ayat sempoi Hlovate, rasa santai sambil melihat pantai bila baca hikayat Hlovate tu..haha

Novel Hlovate yang aku dah habis jelajah tu tajuk dia aA+bB, before aku baca novel tu aku memang rasa pelik, ingatkan novel ABC.. budak-budak wahaha.. Overall cerita ni memang best, cerita yang kena dengan jiwa dan mood alam remaja, akhir remaja dan awal dewasa.. Ikut cerita adik aku, novel ni ada kaitan dengan novel Hlovate yang tajuk dia 'Tunas'.. Tunas sequel sebelum aA+bB..

Watak hero, heroin or main character dalam aA+bB ialah Benz Alif dan Nur Addin Shah..tajuk novel ni aA+bB pon ada kaitan dengan masalah alam petala ke- 7 ni-----> addin+benz = !@#&(^%...

dalam hikayat aA+bB ni sama je macam kebanyakan novel lain,  cerita pasal kawen paksa / kawen terpaksa / kawen paksa rela.. tapi benda yang buat aA+bB lain daripada yang lain ialah gaya bahasa yang sempoii dan tidak terlalu cliche dengan novel-novel yang lain.. contoh banyak novel yang buat cerita dalam atmosfera kekopratan, orang kaya ini, orang kaya itu, tak nampak macam cerita tu relevan dan kena dengan keadaaan kebanyakan orang kat Malaysia, Hlovate berjaya ubah penggayaan cerita-cerita macam tu dan bawak pembaca kepada atmosfera realiti kebanyakan manusia di Malaysia..

Hlovate juga dah create 1 role model bagi seorang Lelaki, sabar, tabah, tekun, sopan-santun, rendah diri, romantik, lawak, jiwang, open minded, modern tapi Islam, patuh pada ibubapa, suami mithali, abang yang baik, penyayang.. character ni hampir sempurna, sifat pembimbing Benz paling jelas masa addin tengah sedih sebab keguguran anak diorang.. cara Benz bimbing Addin tu memang boleh dijadikan contoh kepada insan bernama lelaki...


aA+bB = Superb by Hlovate

overall --- Hlovate terbaikk!!!