waktu kat Malaysia sekarang..

Peminat-peminat Saya

Mein Name ist Nama Baru

My photo
Seorang musafir diatas bumi sang pencipta, mencari & terus mencari erti hidup

sEaRcH Fr0m HeRe

Friday, February 4, 2011

Minggu Cuti yang dipenuhi dengan Kemalasan

Assalammualaikum..

Cuti seminggu nie penuh dengan kemalasan, plan before cuti punyi lar baek, kalau tengok kat plan tu rasa2nya mesti aku buzy je minggu nie, tapi apa nak buat dah kalau Incik NAMA BARU nie sejak azalinya memang pemalas, maka tetap jadi pemalas gak lar aku..huhu


Dan...dan.. dan.. Minggu nie gak aku buat satu keputusan diantara 2 pilihan haha.. dan aku rasa pilihan yang aku buat  tu agak tepat dan sesuai dengan daya dan kesempitan aku buat masa kini.. Bagi aku biarlah hidup susah sikit dari menyusahkan orang lain.. Tanggungjawab diri ialah perkara yang menjadi keutamaan aku buat masa ini..FULLSTOP.. 

Minggu ni gak aku n family sebok dok dengaq2 berita atas apa yang berlaku di Mesir, hampir sehari sekali calling  adik aku disana, risau gak dengan dia, dah ler perempuan.. 

TAPI

Bila call jer dia, terus RISAU tadi hilang hehe.. Minah tu memang tenang dan tak cepat gelabah, nada suara dia pon macam tak ada apa2 yang berlaku kat sana, dari segi keselamatan aku dengan family tak berapa risau, cuz dia disana menginap di rumah W.Persekutuan, so dari segi keselamatan tu agak terjamin lar, tapi bende yang mungkin tak terjamin ialah bekalan makanan dia.. Rusuhan tu pon tak kan lar boleh reda dalam masa terdekatkan?? so memang perkara yang paling genting disana ialah bekalan makanan..

Dalam kegentingan di sana. ada plak suara2 kerisauan dari pihak2 laen, iaitu pihak2 ibubapa yang  sangat risau dengan keadaan anak2 mereka, sehinggakan ada yang bertikam lidah, pada aku lar ek!!! kita tak perlu lar nak  terlalu risau sehingga mengambil keputusan mengambil pulang mereka2 yang di Mesir sekarang nie, sebab katakan lar 14,000 warga Malaysia tu nak balek sekaligus atau dalam seminggu di Airport2 utama di Mesir, hasilnya bayangkan dengan kepadatan manusia di airport2 tersebut ditambah dengan 14,000 orang warga Malaysia, apa akan jadi kat airport tu?? 

secara rasionalnye mengambil pulang anak mereka sendiri tu bukan lar satu keputusan yang salah, tapi keputusan yang kurang tepat, sebab andai kata perusuh2 tersebut menukar tempat rusuhan mereka dan berkumpul di airport seperti apa yang pernah terjadi di Thailand tahun lepas,  tak ke sesuatu terjadi kepada anak2 mereka yang sedang di airport nie kan?? mengikut cerita adik aku, 2 orang kawan dia terlepas kapal terbang cuz airport terlalu CROWDED dan kesusahan mencari pengankutan awam disana buat masa nie..


Kerajaan Malaysia di dakwa lambat mengambil keputusan untuk memindahkan mereka, mungkin benar dakwaan tersebut tapi pendapat aku plak, kerajaan takkan terburu-buru membuat keputusan, segala apa keputusan perlu diperiksa dan diteliti, maka langkah kerajaan, PM hantar timb. menteri luar dan orang kanan beliau untuk memeriksa keadaan disana, dan apabila pasti keadaan disana akan menjadi teruk maka operasi evakuasi warga Malaysia di jalankan.. 

so.. pada pendapat aku, ibubapa di Malaysia tidak perlu terlalu risau terhadap keselamatan anak2 mereka, kerajaan pasti melalukan sesuatu cuz takkan lar kerajaan sanggup mengambil risiko keselamatan warga2 Malaysia kan?? so biarlah kerajaan buat apa yang sepatutnya mereka buat.. 

Insyaallah semua warga Malaysia disana akan selamat..


Wednesday, February 2, 2011

Tag dari CFI bkn FBI yer CFI dengan jelasnyer CFI.. =)

Assalammualaikum w.b.t Sumerr..

ok agenda entry  kali nie nak menjawab soalan2 yang ditag oleh  Cik Fatin Ilani gadis yang hampir jelita tuh keh3 anyway tq CFI  dan..dan..dan.. tak lupa kepada sifu saya Cik Dilla yang cute (bak kata beliau), diatas tunjuk ajar beliau (gua belajar tag2 orang dari Cik Dilla lar) huhu.. Thx Again Dilla..

1st question from CFI
Apakah status anda?

Jawapan gua :

Lu orang nak status cam mana, sehat tak sehat?? waras tak waras?? kurang sehat tak kurang sehat?? haha.. apa2 lar.. tapi untuk jawapan yang tulus lagi mulus dari hati gua,  ialah gua single but not available achewwahh (bajet nak jual mahal sangat lar tuh) huhu =)

Ceritakan Diri Anda

Jawapan Gua:

Gua nie kalau lu orang tengok memang tak hensem pon, kacak apatah lagi, lawa?? lagi lar jauh panggang dari api, tapi satu jer yang gua ada tapi tak semua orang ada, gua ad lesum pipit, wa punya lesum pipit nie selalu je di jelesi oleh adik yang direct bawah gua, dia lebih suka di kenali sebagai Dr. Dalia ok sambung pasal lesum pipit tu, lesum pipit yang ada di pipi gua tu lar yang menyebabkan gua nampak manis, like a sugar, honey2 haha...dan senang sekali gua nak ucap satu quotes nie ' Hensem tak ada, tapi manis ada..' huhu..=)


Ceritakan tentang blog ini

Jawapan Gua: 

Blog nie gua open cuz gua pon nak rasa gak cam mana rasanya jadi penulis nie, huhu.. then pas gua dah ada blog sendiri, baru gua tau susah betol lar nak jadi penulis nie, nak kena ada idea, nak kena dalam inspirasi,nak kena datang ilham, so mmg payah lar kan sebenarnya, nie baru tulis benda biasa blom tulis lagu, lirik dan juga bahan2 ilmiah, bab bahan ilmiah tuh, gua jadi pembaca pon dah cam pening2 lalat, apatah lagi orang2 yang menulis bahan2 ilmiah tu kan?? haha...

gua jugak jeles dengan member2 gua cam azrul n zahid (kudapolo.blogspot.com) dlu cuz,  bila baca blog depa2 nie cam best jah, so dari situ mencetus minat gua menulis di dalam blog nie,  walaupun tulisan2 gua tu agak membosankan, tapi gua nak gak tulis, 'LANTAK LAR APO ORANG NAK KATO, JANJI DEN BAHGIO' huhu...

Apa Pendapat Anda Tentang Blog?

Jawapan Gua:

Pendapat Gua tentang Blog?? ahaha.. setuju2 dengan apa si  CFI tu cakap, memang blog nie more privacy, n boleh lari lar daripada geng2 fesbuk dan social network yang laen (itu klu lu orang ingat nak lari lar)..kalau tak nak lari boleh jer iklan2kan n publisitikan blog korang kat wall pesbuk korang.. 

Blog juga selain leh berprivacy boleh jadi tempat melabur saham dosa.. buat fitnah sana, finah sini, kutuk2 orang, dan juga tempat melepaskan geram dan meluakan perasaan haha... so banyak lar rahsia2 dalam kelambu yang terbongkar..

Nasihat Kepada Rakan - rakan Yang Nak Buat Blog

Jawapan Gua :

nak bagi nasihat, eh lu engat lu hebat sangat ke nak advice2 orang nie?? haha... apa gua kesah, janji gua advice n smpaikan yang baek2 betol dak??? haha.. ok actually gua pon tak berapa lama berblogging nie,  takat nak ikot2 orang jer, orang ada blog, so gua pon nak ada gakk huhu.. nasihat tu biasa lar.. jangan gunakan blog nie sebagai tempat cari gadoh dan tempat menaburkan fitnah.... tujuan berblogging nie antaranya mengeksposkan lifestyle kita kepada orang luar,  selain itu ia juga digunakan sebagai tempat utk berkongsi 'sharing is caring' rite?? haha.. so terserahlah kepada anda yang menentukan bagaimana anda.disesuatu situasi itu.. =)


Nyatakan Keunikan Blog Anda

Jawapan Gua :

Unik?? yakkss.. tak de pe yang UNIK  kalau nak dibandingkan dengan blog Zahiril Adzim, Hanis Zalikha, Irine Marcello.. dan juga kalau nak dibandingkan dengan blog Blogger Boy..yeahh!!!
 bloggerboy memang style n sempoiii...Entah bagi gua, blog gua memang tak unik pon haha.. =)

Sampai Bila Nak Tulis Blog 

Jawapan Gua :

sampai bila???
 wahhh!!! ini sudah lebeyh nie, memang gaya2 cam  nak halau gua je kannn.. huhu

Gua akan tulis selagi gua larat nak tulis, agak2 gua dah letih and tak larat kang nanti gua close je blog gua nie..huhu..



dan 
Impian Anda Dalam Dunia Blog

Jawapan Gua :

Impian Gua op coz lar nak jadi cam top blogger Malaysia, Cik Irine Marcello,
Cik Hanis (yg lagi fofular dari Siti Nurhaliza di Google Search) and Zahiril Adzim....
Dalam tiga blog di atas blog Zahiril yang gua paling suke, cuz ayat dia penuh berseni beb..huhu...



So antara nama bertuah yang di tag oleh Gua :