Hidup tidak selalunya indah, kerana kehidupan kita manusia ibarat seperti roda, sekejap kita diatas dan sekejap kita dibawah.. Maka untuk mengharapkan keindahan hidop secara berterusan itu adalah salah, kerana kita seharusnya lebih bersedia untuk menghadapi segala dugaan dan cubaan didalam kehidupan kita sehari-harian.. Kadang kala apa yg terjadi selalunya tidaklah berlaku seperti apa yg telah kita impikan, dan ia mungkin hanya menjadi sebuah angan2 kosong yg tidak bernilai.. Salahkah kita memasang impian??? memasang impian itu tidak salah, malah impian itu lah yang akan mencetuskan keazaman utk kita berusaha, akan tetapi impian itu haruslah realistik dan relevan terhadap keadaan dan kemampuan kita, jika impian itu terlalu besar sehingga kita tidak mampu utk memenuhinya ia akan menjadi angan2 kosong yg tidak bernilai.. Impian haruslah disertai dengan keazaman utk memenuhinya... Maka dengan itu impian kita akan tercapai.. Jadi apakah impian anda??
No comments:
Post a Comment