Asslaamualaikum..
Tahun baru, mood baru untuk menulis
2014 adalah tahun duka bagi rakyat Malaysia
secara umumnya, namun begitu hidup harus diteruskan.
Disebalik yang berlaku ada hikmah dan peringatan yang
diberikan oleh sang pencipta, maha agung lagi maha berkuasa
Semalam, Jumaat malam, permulaan hujung minggu yang tenang,
aku decide untuk tonton filem terbaru lakonan Aamir Khan.
Aamir Khan ni pelakon favourite mak aku, sejak dari Akhelehe
Akheletum. Jika dilihat semula, dari pemerhatian aku,
filem yang dilakonkan oleh Aamir Khan hampir semuanya
adalah filem yang bermesej, dan ianya adalah isu universal
seperti kekeluargaan, pendidikan, dan juga isu anak-anak istimewa.
Sebenarnya aku dulu tak ada la minat sangat dengan Aamir Khan
namun sejak dua menjak ni, barangkali sejak 3 Idiots dan
Taare Men Zameen Par, kagum aku muncul, terutama bila
aku dapat tahu yang Pengarah juga Penerbit dan Pelakon
utama Taare Men Zameen Par adalah orang yang sama
Aamir Khan. So untuk filem PK ni, dan aku rasa macam berminat
nak kupas, mood nak menulis bukannya selalu datang bagi orang malas
macam aku ni, so tak ada banyak cerita, capai PC terus tulis.
Filem PK adalah percubaan berani pengarah dan pelakonnya
yang menyentuh isu yang agak sensitif diantara agama. Namun
disebalik itu ada nilai dan kritikan yang hendak disampaikan pada penonton
terutama masyarakat. Kadang kala kita terlalu naif untuk menjadi obses pada
tokoh-tokoh tertentu dan memberi ruang kepada mereka untuk mempergunakan
kita, mengaut hasil kekayaan dari duit yang kononnya untuk derma.
Tokoh-tokoh ini berselindung disebalik topeng sebagai orang alim
(mengikut agama masing-masing), memperdagangkan agama dan konsep
ketuhanan sebagai cara meraih kekayaan dan kesenangan.
Pada awalnya mungkin kita berfikir yang filem ini adalah filem yang
tidak mempercayai agama dan konsep hidup dan ketuhanan,
barangkali pengarahnya seorang atheis (itu mungkin yang timbul
dikebanyakkan kita), namun di babak klimaks filem ini,
pengarah bijak menggulung persoalan tersebut
dengan menjelaskan agama dan konsep ketuhanan
itu tiada silapnya namun seringkali yang memburukkan
agama dan tuhan itu adalah segolongan manusia yang bertindak
seakan mereka itu tuhan dan menggunakan nama agama
dan tuhan sebagai justifikasi atas tindakan mereka.
Pengarah juga berjaya mengetengahkan sikap prejudis dikalangan
kita yang kadangkalanya rasis terhadap beberapa kaum dan agama.
Kita serignkali tuding jari terhadap orang lain atas kesilapan yang
kita lakukan dan juga kita prejudis terhadap seluruh kaum tersebut
walaupun yang melakukan kesilapan itu adalah sekolompok kecil sahaja.
Nilai manusiawi yang ditonjolkan pula ialah ia barangkali mengkritik
budaya bogel dikhalayak umum, apabila PK watak Alien yang dilakonkan
oleh Aamir Khan cerita tentang planetnya kepada Jaggu, dimana diplanetnya
bentul fizikal manusia sama dengan manusia dibumi cuma bezanya dibumi
manusia memakai pakaian dan tidak berbogel. Diplanet PK tiada pakaian,
logiknya beliau samakan manusia dan haiwan, dimana haiwan tidak ada
pakaian bogel (kekal pada bentuk asal mereka). Kritikan ini barangkali
mengajar penonton fitrah kejadian manusia, iaitu manusia
dikurniakan akal dan itulah yang membezakan manusia dan haiwan.
Aku tertarik dengan keberanian pengarah dan krew penerbitan
filem-filem seperti ini, dan filem-filem seperti ini masih belum ada di
Malaysia, barangkali penerimaan masyarakat kita yang
mempengaruhi keberanian tersebut. Namun sebenarnya karya-karya
seperti ini sudah ada dikalangan penulis-penulis buku indie
di negara kita. Filem dan karya penulisan seperti ini
seharusnya menjadi medium mendidik dan mencabar norma
kurang baik masyarakat kita, barangkali mungkin akan ada
pengarah-pengarah berani dari Malaysia pada masa akan datang.
Ia haruslah bermula dengan sikap kita dalam
menerima dan merungkai nilai dan mesej yangdi sampaikan.
Untuk rating, aku tak padai nak bagi rating pada filem
namun, cara penyampaian filem ni seperti juga 3 idiots
di selit dengan dialog dan babak komedi, tapi ianya
tidaklah sehingga mencacatkan perjalanan filem.
Bagi yang baru nak menonton filem ni, sila buka
minda ada seluasnya dan fahamkan mesej yang hendak
disampaikan, ianya sebuah karya yang menarik
dan tidak sia-sia untuk diluangkan untuk
tontonan selama 2jam 30 minit.
Sekian, Wassalam